ARKIB

Arkib Berita Terkini

Penyampaian Sijil Pengiktirafan Malaysia of Records (MBR) kepada JUPEM bagi Peta Topografi Terpanjang di Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 Dis -Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) bagi Peta Topografi Terpanjang di Malaysia yang diadakan di Dewan Ukur, Ibu Pejabat JUPEM.

Peta Topografi yang terpanjang ini merupakan Peta Topografi Rentasan Empat Negeri di Malaysia dan kombinasi daripada peta topografi bersiri MY502A yang melibatkan 32 lembar peta berskala 1:50,000 bermula dari Kerian di Negeri Perak merentas ke arah timur hingga ke Pulau Tonggol di Negeri Terengganu.

Majlis ini telah disempurnakan dengan penyerahan sijil yang disampaikan oleh Puan Siti Hajar binti Johor, Pegawai Eksekutif Am MBR kepada YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. Majlis ini turut disaksikan oleh YBrs. Sr Sohaime bin Haji Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia II dan YBhg. Datuk Sr Haji Ismail bin Harun, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Juruukur Tanah Semenanjung Malaysia (LJT) serta pegawai-pegawai dari JUPEM dan LJT.