ARKIB

Arkib Berita Terkini

PERBINCANGAN KE-32 PENGARAH PROJEK BERSAMA (DIS-CPD-32) PENANDAAN DAN PENGUKURAN SEMPADAN ANTARABANGSA THAILAND – MALAYSIA

HATYAI. Perbincangan Ke-32 Pengarah Projek Bersama (Dis-CPD-32) telah diadakan di Bandar Hat Yai yang terletak di selatan Thailand pada 9-11 Jun 2015. Seramai 11 orang delegasi JUPEM yang diketuai oleh Co-Project Director(CPD) Malaysia dan ahli-ahli bergerak menggunakan jalan darat menuju ke Border Check Point dan seterusnya ke Hat Yai.

Perbincangan ini dipengerusikan oleh Dato’ Sr Abdul Aziz bin Hj. Jantan, Pengarah Ukur Bahagian, Pemetaan Topografi Semenanjung, JUPEM selaku Pengarah Projek Bersama Penandaan dan Pengukuran Sempadan Antarabangsa Malaysia – Thailand bersama dengan wakil Thailand yang diketuai oleh Col. Chaiwat Promthong, Director of Geodesy and Geophysics Division, RTSD

Tujuan utama perbincangan adalah bagi menyelesaikan isu-isu persempadanan di antara kedua Negara di peringkat CPD. Segala cadangan dan keputusan akan dibentangkan ke peringkat Joint Technical Committee yang dipengerusikan bersama oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah JUPEM. – Laporan oleh BPTSM