ARKIB

Arkib Berita Terkini

Perjumpaan Bersama Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia

KUALA LUMPUR, 2 Julai - YBrs. Sr Dr. Mohd Yunus bin Mohd Yusoff, Pengarah Ukur Bahagian (Ukur Geodetik) telah mengadakan perjumpaan bersama YBhg. Dato' Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia di Bilik Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Tingkat 11, Wisma JUPEM pada hari ini.

Perjumpaan ini diadakan bersempena persaraan wajib YBrs. Sr Dr. Mohd Yunus bin Mohd Yusoff pada 3 Julai 2021 setelah berkhidmat selama 36 tahun 5 bulan di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Turut hadir bersama dalam perjumpaan ini ialah YBrs. Sr Sohaime bin Haji Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II. 

Jabatan ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas jasa dan sumbangan bakti beliau menjadikan JUPEM sebagai Jabatan yang disegani sehingga kini.

#NotaSerahTugas
#SendOff