ARKIB

Arkib Berita Terkini

Persidangan Pengarah-Pengarah Ukur Tahun 2014

Pada 22 – 23 Disember 2014 bertempat di Hotel Puter Pacific Johor Bahru telah berlangsung Persidangan Pengarah-Pengarah Ukur Tahun 2014, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).Persidangan Pengarah-Pengarah Ukur Tahun 2014 merupakan satu input kepada jabatan bagi membuat perancangan dan penetuan hala tuju di masa hadapan. Selain itu, persidangan ini juga di adakan bagi mengumpul dan mengkaji semua cadangan serta pandangan yang dibentangkan untuk tujuan penambahbaikan dan peningkatan terhadap fungsi dan peranan JUPEM kepada rakyat dan juga negara.

Persidangan pada kali ini telah di pengerusikan oleh YBrs. Ahmad Fauzi bin Nordin, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan turut di hadir oleh TKPUP I, TKPUP II dan Pengarah Ukur Bahagian / Seksyen /Negeri. Pada persidangan ini, sebanyak 21 kertas kerja telah di bentangkan oleh Pengarah Ukur Bahagian / Seksyen /Negeri.