ARKIB

Arkib Berita Terkini

Persidangan Pengarah-Pengarah Ukur Tahun 2016

Persidangan Pengarah-Pengarah Ukur Tahun 2016 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah diadakan di The Zenith Hotel, Kuantan, Pahang pada 5 hingga 8 Oktober 2016. Persidangan ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan turut dihadiri oleh pegawai kanan dan pegawai pengurusan JUPEM. Dalam persidangan ini, sebanyak 25 kertas kerja telah dibentangkan oleh Pengarah Bahagian/Seksyen/Negeri. Bersempena persidangan tersebut, YBhg. Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin juga telah melancarkan Coffee Table Book (CTB) “Charting Malaysia’s Boundaries – The JUPEM Story”.