ARKIB

Arkib Berita Terkini

Program Kesedaran Pematuhan Keselamatan Teknologi Maklumat Komunikasi (ICT) JUPEM

Kuala Lumpur, 13 Oktober 2014 ??? Satu program kesedaran terhadap pematuhan keselamatan ICT JUPEM telah diadakan bertempat di Dewan Ukur, Ibu Pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada warga JUPEM mengenai keselamatan ICT supaya pematuhan kepada langkah-langkah keselamatan yang terkandung dalam Dasar Keselamatan ICT (DKICT) dapat dilaksanakan dan program-program ICT JUPEM juga berjaya mencapai matlamat dan selamat daripada sebarang insiden keselamatan ICT.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. TKPUP I yang juga merangkap sebagai Ketua Pegawai Maklumat (CIO) JUPEM. Seramai 200 orang kakitangan ibu pejabat JUPEM termasuk wakil dari setiap cawangan JUPEM Negeri telah hadir ke program ini. Selain itu, satu taklimat mengenai DKICT turut disampaikan oleh Pengarah Seksyen Pengurusan Sistem Maklumat dan diikuti oleh ceramah daripada wakil SIRIM yang bertajuk Keperluan dan Kepentingan Keselamatan Data. Seterusnya, program ini telah diakhiri dengan sesi tandatangan Akuan Pematuhan DKICT oleh semua hadirin.