ARKIB

Arkib Berita Terkini

Program Lawatan Esekutif 1gov*Net Oleh YBhg. Dato’ Dr. Nor Aliah Binti Mohd Zahri, Timbalan Ketua Pengarah (ICT), MAMPU Ke JUPEM Johor, 16 Mac 2014

Lawatan Eksekutif ke JUPEM Johor oleh Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU, YBhg. Dato’ Dr. Nor Aliah binti Mohd Zahri telah diadakan pada 16 Mac 2014. Lawatan tersebut juga disertai oleh beberapa orang pegawai dari bahagian-bahagian di MAMPU dan wakil dari GITN. Manakala barisan pegawai dari JUPEM Johor terdiri dari Timbalan Ketua Pengarah Ukur (Operasi) dan Timbalan Ketua Pengarah Ukur (Pengurusan) dan beberapa orang Pegawai Kanan lain. Lawatan tersebut antara lain bertujuan untuk memastikan pemasangan peralatan dan rangkaian 1Gov*Net mematuhi spesifikasi dan keperluan yang telah ditetapkan serta memenuhi kepuasan pengguna. Selain itu, ia bertujuan untuk mengenal pasti isu dan masalah terhadap rangkaian 1Gov*Net yang telah dilaksanakan di JUPEM Johor. Sesi lawatan tersebut dimuatkan aturcara ucapan aluan oleh Wakil Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor, En. Tsalimy bin Abdullah, Timbalan Pengarah Ukur Johor (Operasi) diikuti dengan ucapan dan penerangan ringkas oleh YBhg. Dato’ Dr. Nor Aliah binti Mohd Zahri mengenai tujuan lawatan serta maklumat ringkas mengenai 1Gov*Net . Taklimat ringkas terhadap rangkaian dan aplikasi ICT di JUPEM Johor telah disampaikan oleh Pn. Nazliah binti Chikon, Ketua Seksyen Khidmat Sistem dan seterusnya sesi lawatan ke Bilik Server dan Bilik Hub Rangkaian GITN di tingkat 7 dan aras bawah, Wisma Persekutuan, Johor Bahru.