ARKIB

Arkib Berita Terkini

Program Pembangunan Kompetensi Akrab JUPEM


Pada 20 – 22 Ogos 2014, JUPEM telah menganjurkan satu program iaitu Pembangunan Kompetensi Akrab JUPEM bertempat di Hotel Bayview, Melaka. Bengkel ini telah dihadiri seramai 61 orang ahli AKRAB JUPEM yang dari pelbagai bahagian dan negeri. Penceramah jemputan terdiri daripada Puan Nurulliza Muklas (Pegawai Psikologi NRE) dan Dr. Amran Hassan (Pegawai Psikologi NRE). Objektif program ini dibuat adalah bertujuan ;
– Membolehkan peserta mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas.
– Membolehkan peserta mendapat pendedahan dengan aspek kebolehan berunding dan mencapai persetujuan.
– Membolehkan peserta menggunakan kemahiran bukan lisan.
– Membolehkan peserta mengembang dan membaiki kemahiran berfikir seperti menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan.
– Membolehkan peserta bertahan serta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang diberikan.
Selain sesi ceramah dan latih amal pada program ini, satu sesi lawatan ke Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka telah di adakan pada 21 Ogos 2014 bagi bertujuan pembelajaran kepada ahli-ahli AKRAB JUPEM.