ARKIB

Arkib Berita Terkini

SESI LAWATAN YB MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI KE JUPEM KEDAH

KULIM, 26 Jun 2022 - YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah mengadakan sesi Lawatan Rasmi ke Jabatan Ukur dan Pemetaan Kedah di Kulim, Kedah pada petang ini.

Ketibaan YB Menteri Tenaga dan Sumber Asli telah disambut mesra oleh YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dengan diiringi oleh Sr Tsalimy bin Abdullah, Pengarah Ukur dan Pemetaan Kedah dan juga seluruh warga JUPEM Kedah.

Turut hadir ke sesi lawatan tersebut adalah YBrs. Sr Wan Mohamad Darani bin Ab Rahman, Pengarah Ukur Bahagian (Dasar dan Penyelarasan Pemetaan) dan juga YBrs. Sr Muhammad Salim bin Mohammed Asari, Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster) serta pegawai-pegawai kanan JUPEM Kedah.

Sesi lawatan ini diadakan bertujuan untuk melihat secara lebih dekat proses-proses kerja yang melibatkan pengukuran dan penyediaan Pelan Akui dan Pelan Hakmilik bagi tujuan penyediaan geran tanah selain daripada untuk bertemu dan beramah mesra dengan pegawai dan kakitangan JUPEM Kedah. 

Disamping itu, YB Menteri KeTSA juga telah diberikan taklimat ringkas oleh YBrs. Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia berkenaan dengan peranan dan fungsi JUPEM dalam aktiviti pengukuran lot-lot kadaster dan penyediaan Pelan Hakmilik, pengukuran dan penyediaan peta Topografi serta berkaitan dengan status terkini pengukuran dan penandaan sempadan negeri-negeri dan juga sempadan Antarabangsa.

Pada akhir sesi lawatan tersebut, YB Menteri KeTSA turut menyempurnakan sesi penanaman anak pokok durian kampung sebagai simbolik kepada Lawatan YB Menteri KeTSA ke JUPEM Kedah.