ARKIB

Arkib Berita Terkini

SESI PENYAMPAIAN SURAT PEMBERITAHUAN PEMANGKUAN DAN PENEMPATAN JURUUKUR GRED J52, J48 DAN J44 (FLEXI) DI JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM)

16 Jun 2022 - Sesi penyerahan surat pemangkuan dan penempatan Juruukur Gred J52, Juruukur Gred J48 dan Juruukur Gred J44 (Fleksi) di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah diadakan pada hari ini bertempat di Pejabat Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia yang melibatkan enam (6) orang pegawai.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah YBrs. Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman, Pengarah Ukur Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan dan YBrs. Sr Muhammad Salim bin Mohammed Asari, Pengarah Ukur Bahagian Kadaster bagi mengiringi YBrs. KPUP untuk menyempurnakan sesi penyerahan surat pemangkuan dan penempatan tersebut. 

Justeru itu, Jabatan mengucapkan tahniah dan syabas atas pemangkuan dan penempatan ini serta berharap semua pegawai yang terlibat dapat memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang dalam menggalas tanggungjawab yang diamanahkan.