ARKIB

Arkib Berita Terkini

SESI PENYAMPAIAN SURAT PEMBERITAHUAN PEMANGKUAN DAN PENEMPATAN JURUUKUR GRED UTAMA B, JURUUKUR GRED UTAMA C, JURUUKUR GRED J54, JURUUKUR GRED J52 DAN JURUUKUR GRED J48 DI JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

Kuala Lumpur, 19 Julai 2022- Sesi penyerahan surat pemangkuan dan penempatan Juruukur Gred Utama B, Juruukur Gred Utama C, Juruukur Gred J54 dan Juruukur Gred J52 di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah diadakan pada hari ini bertempat di Pejabat Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia yang melibatkan 12 orang pegawai.

YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan (KPUP) telah menyempurnakan sesi penyerahan surat pemangkuan dan penempatan Juruukur Gred Utama B kepada dua (2) orang pegawai iaitu:

 

i. YBrs. Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I; dan

ii. YBrs. Sr Hazri bin Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II.

 

Bagi urusan pemangkuan dan penempatan Juruukur Gred Utama C pula melibatkan dua (2) orang pegawai iaitu:

 

i. YBrs. Sr Nazri bin Othman, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Johor; dan

ii. YBrs. Sr Mohammed Sofian bin Abu Talib, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Perak.

 

Dalam sesi tersebut, turut diadakan upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas bagi Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Johor dan Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Perak.

 

Dalam sesi yang sama, empat (4) orang Juruukur Gred J54 turut menerima surat pemangkuan dan penempatan iaitu:

 

i. Encik Irwan Khushaini bin Mohd Jan, Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan;

ii. Sr Hamzah bin Hasan, Pengarah Ukur Bahagian Kartografi dan GIS;

iii. Sr Mohamad Zikri bin Mat Isa, Bahagian Kadaster; dan

iv. Sr Abdul Halim bin Tuiran, Pengarah Ukur Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara.

 

Turut terlibat dalam urusan pemangkuan dan penempatan tersebut adalah tiga (3) orang Juruukur Gred J52 iaitu:

 

i. Sr Juzaila binti Abd. Satar, Bahagian Perancangan dan Korporat;

ii. Sr Muhammad Husaini bin Ya’cob, Bahagian Ukur Geodetik; dan

iii. Sr K.Mathavan a/l S. Kumaran, Bahagian Kartografi dan GIS;

serta seorang Juruukur Gred J48 iaitu Sr Nor Zuraini binti Abdul Rahim yang ditempatkan di Bahagian Kadaster.

 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atas pemangkuan dan penempatan ini. Jabatan ini berharap supaya semua pegawai yang terlibat dapat menjalankan tugas dan amanah sebaiknya serta sentiasa menunjukkan prestasi kerja yang lebih cemerlang pada masa akan datang.