ARKIB

Arkib Berita Terkini

SESI PENYERAHAN SURAT PEMANGKUAN DAN PENEMPATAN JURUUKUR GRED J48 DAN JURUUKUR GRED J41 DI JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM)

KUALA LUMPUR, 1 Jun 2022 - Sesi penyerahan surat pemangkuan dan penempatan Juruukur Gred J48 dan Juruukur Gred J44 di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah diadakan pada hari ini bertempat di Pejabat Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia yang melibatkan tujuh (7) orang pegawai.

Turut hadir ialah YBrs. Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman, Pengarah Ukur Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan dan YBrs. Sr Muhammad Salim bin Mohammed Asari, Pengarah Ukur Bahagian Kadaster bagi mengiringi YBrs. KPUP untuk menyempurnakan sesi penyerahan surat pemangkuan dan penempatan tersebut. 

Jabatan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas atas pemangkuan dan penempatan ini serta berharap semua pegawai yang terlibat dapat menjadi pemangkin untuk sentiasa menyasarkan kesempuranaan kerja dan dedikasi tinggi untuk lebih cemerlang dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.