ARKIB

Arkib Berita Terkini

SESI WALKABOUT YBHG. DATO' KPUP YANG KE-24 DI JABATAN UKUR DAN PEMETAAN NEGERI PERLIS

KANGAR, 10 September - Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed telah mengadakan Sesi Walkabout ke-24 di Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Perlis, Kangar pada hari ini. Kahadiran Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah disambut oleh Sr Muhammad Husaini bin Ya’cob, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Perlis, Sr Saf Zaffryin bin Mahadzir, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan Perlis dan pegawai-pegawai yang lain. Turut hadir ialah YBhg. Datin Hindon binti Osman, Pengerusi PUSPANITA dan Sr Iza Zarina binti Abdu Razak @ Idris, Setiausaha PUSPANITA.

Dalam Sesi Walkabout kali ini, YBhg. Dato’ KPUP berkesempatan untuk menyampaikan sumbangan Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) kepada Tn. Hj. Nur Razimy bin Nor Rashid, Ketua Seksyen Khidmat Pelanggan yang telah menghidap barah.

Pada sesi yang sama, satu Majlis Perasmian Food Bank Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) dan PUSPANITA JUPEM Perlis telah diadakan di mana YBhg. Datin Hajah Hindon binti Osman, Pengerusi PUSPANITA JUPEM turut menyampaikan sumbangan kepada kepada wakil penerima yang terkesan dan yang telah positif COVID-19.

YBhg. Dato’ KPUP turut berkesempatan beramah mesra bersama kakitangan JUPEM Perlis dengan membuat lawatan ke Seksyen/Unit dan juga ke Pejabat Ukur Daerah (PUD) Perlis di mana YBhg. Dato’ KPUP pernah bertugas dan menjadi Juruukur Daerah Kedah/Perlis pada 1985 hingga 1986. Semasa di PUD Perlis, YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed turut disambut oleh Encik Abdullah bin Sulaiman, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Kedah/Perlis/Pulau Pinang dan Encik Ahmad Zamani bin Samad, Ketua Cawangan JMG Perlis. Pejabat JMG Perlis ini berkongsi bangunan bersama PUD Perlis sejak 9 November 2020.
Turut memeriahkan lawatan ini, YBhg. Dato’ KPUP dan Pengarah JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang telah menyempurnakan sesi Penanaman Pokok bagi menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Dalam sesi seterusnya, YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed turut meluangkan masa melawat ke Tapak Cerapan Hilal, Menara Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis, Perlis.

Pada akhir Sesi Walkabout, Sr Muhammad Husaini bin Ya’cob, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Perlis telah menyampaikan cenderahati kepada YBhg. Dato’ Sr Dr.  Azhari bin Mohamed dan YBhg. Datin Hindon binti Osman sebagai tanda ingatan dan kenang-kenangan.