ARKIB

Arkib Berita Terkini

Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan (NGIS) Ke-6 (17-18 Mac 2014 )

 

Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan (NGIS) Ke-6 2014 Putrajaya, 17 Mac – Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan (NGIS) Ke-6 2014 telah berlangsung selama dua (2) hari yang diadakan pada 17 – 18 Mac 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putarajaya (PICC). Penganjur utama simposium kali ini adalah Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI), NRE dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan penganjur bersama iaitu MAMPU dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), serta dengan sokongan International Symposium and Exhibition on Geoinformation (ISG), UPM, UTM, UiTM, KLIUC, USM, ATSB dan Petronas Carigali. YB Datuk Seri G. Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah merasmikan Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan (NGIS) Ke-6 2014. Turut hadir bagi majlis ini ialah YB Dato’ Sri Dr. James Dawos Mamit, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, KSU NRE, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Ali Mohamad Nor, TKSU (Sumber Asli) dan YBhg. Datuk Dr. Abdul Rahim Haji Nik, TKSU (Alam Sekitar). Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan (NGIS) Ke-6 2014 ini merupakan salah satu usaha NRE ke arah memperkasakan penggunaan maklumat geospatial di negara ini khususnya bagi agensi-agensi Kerajaan di semua peringkat Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Ia juga merupakan platform bagi perkongsian pendapat, pengalaman dan kepakaran sektor awam dan swasta mengenai isu-isu semasa berkaitan pengurusan maklumat secara geospatial, trend geospatial masa hadapan, peningkatan sistem penyampaian melalui keberkesanan maklumat geospatial, dan penggunaan maklumat geospatial bagi keselamatan awam.