ARKIB

Arkib Berita Terkini

TAHNIAH KEPADA PEMENANG NAIB JOHAN PERTANDINGAN INTAN STAND AND SPEAK: TALK YOUR WAY TO THE TOP TAHUN 2021

KUALA LUMPUR, 3 September - Tahniah dan syabas diucapkan kepada Sr Nur Zurairah binti Abdul Halim, SME Kadaster (Penawanan Data Terrestrial & 3D Modelling) kerana telah mendapat NAIB JOHAN dalam Pertandingan Intan Stand and Speak: Talk Your Way To The Top Tahun 2021 anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada hari ini.

Majlis Penutupan Bersama Pertandingan Gegar Pidato Piala Pusingan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan Intan Stand and Speak: Talk Your Way To The Top Tahun 2021 yang diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman, KPPA.