ARKIB

Arkib Berita Terkini

TAKLIMAT PEMAHAMAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI ISO 9001:2015


Satu Taklimat Pemahaman Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 telah diadakan pada 6 Oktober 2015 bertempat di Bilik Persidangan, Tingkat 15, Wisma JUPEM. Taklimat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil dan telah dihadiri oleh semua Pengarah Ukur Bahagian, Pengarah Bahagian serta Pengarah-pengarah Ukur Negeri.


Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Bakri bin Jali dari SIRIM Training Services Sdn. Bhd. Objektif taklimat ini adalah untuk memberi pemahaman dan pengenalan kepada semua pihak pengurusan JUPEM yang terdiri daripada Pengarah Ukur Bahagian/Seksyen/Negeri akan penambahbaikan standard MS 9001:2008 kepada ISO 9001:2015.