ARKIB

Arkib Pengumuman

Tajuk Tarikh Terbitan Lampiran
Test migrasi 16-01-2022
GANGGUAN PERKHIDMATAN SISTEM EBIZ 15-01-2022
NOTIS GANGGUAN CAPAIAN SISTEM EKADASTER DI JUPEM MELAKA 14-01-2022

Dimaklumkan bahawa sistem eKadaster di JUPEM Melaka termasuklah aplikasi JUPEM2U Melaka akan mengalami gangguan capaian bermula pada jam 5.00 petang, 14/1/2022(Jumaat) sehingga 17/1/2022 (Isnin) disebabkan penutupan bekalan eletrik oleh Pihak TNB. Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.

NOTIS GANGGUAN CAPAIAN SISTEM EKADASTER DI JUPEM PERLIS 14-01-2022

Dimaklumkan bahawa sistem eKadaster di JUPEM Perlis termasuklah aplikasi JUPEM2U Perlis akan mengalami gangguan capaian pada 14 Januari 2022 (Jumaat) pada jam 12.00 tengahhari - 2.00 petang untuk memberi laluan penyelenggaraan pada sistem ekadaster JUPEM Perlis. Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.

PEMAKLUMAN PENYELENGGARAAN RANGKAIAN MYGOVNET DAN GANGGUAN CAPAIAN SISTEM UTAMA JUPEM 31-12-2021

Dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan ke atas rangkaian MyGOVNet akan dijalankan pada 31 Disember 2021 (Jumaat), mulai jam 11.00 malam dan dijangka selesai pada 1 Januari 2022 (Sabtu), jam 6.00 pagi. Sehubungan dengan itu, semua sistem-sistem utama JUPEM akan mengalami gangguan capaian sepanjang tempoh berkenaan. Segala kesulitan amat dikesali.

PEMAKLUMAN TARIKH AKHIR PENGGUNAAN DAN NOTIS PENUTUPAN TAPAK KALIBRASI EDM/GNSS DI KADA RESORT MELOR, MUKIM PADANG LEBAN, KOTA BHARU 29-12-2021

Dimaklumkan bahawa Tapak Kalibrasi EDM/GNSS di bawah seliaan JUPEM Kelantan di KADA Resort Melor, Mukim Padang Leban, Kota Bharu akan ditutup sepenuhnya bermula 15 Januari 2022 bagi memberi ruang kepada kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Tapak Kalibrasi EDM/GNSS baharu di Semerak, Mukim Gong Datok Timur, Pasir Puteh yang kini dalam fasa pembinaan dijangka siap dan mula operasi pada Mac 2022. 
 
Semua pengguna yang berhasrat melaksanakan cerapan kalibrasi EDM/GNSS di Tapak Kalibrasi KADA Resort Melor disarankan berbuat demikian dalam tempoh dua (2) minggu pertama Januari 2022. Sehingga Tapak Kalibrasi Semerak siap, pengguna boleh menggunakan Tapak Kalibrasi EDM/GNSS di Tanjung Jara, Dungun di bawah seliaan JUPEM Terengganu sebagai alternatif.

Sebarang pertanyaan atau permohonan berhubung penggunaan Tapak Kalibrasi EDM/GNSS di KADA Resort Melor boleh dirujuk kepada Pejabat Ukur Jajahan Kelantan Timur di talian 09-748 4577.

Penangguhan Operasi Jualan Produk dan Perkhidmatan JUPEM Melalui Kaunter 29-12-2021
Penyenggaraan Sistem eBiz dan Laman Web JUPEM 27-12-2021

Capaian kepada sistem eBiz dan Laman Web JUPEM akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyenggaraan dan migrasi server di Pusat Data Utama JUPEM sepertimana jadual berikut:

Tarikh Dan Masa Penyenggaraan

Aplikasi/ Sistem  terlibat

Mulai 6.00 petang, 27 Disember 2021 (Isnin) hingga 6.00 pagi, 28 Disember 2021 (Selasa)

Laman Web Rasmi JUPEM &

Sistem eBiz JUPEM

Mulai 6.00 petang, 28 Disember 2021 (Selasa) hingga 6.00 pagi, 29 Disember 2021 (Rabu)

Sistem eBiz JUPEM


Selain itu juga, semua transaksi dalam talian sistem eBiz menggunakan kaedah Financial Exchange Process (FPX) dan Kad Kredit ditutup sementara waktu mulai 27 Disember 2021 sehingga 31 Disember 2021. Penutupan ini bagi tujuan penyelarasan aktiviti perakaunan hujung tahun Jabatan. Pengguna yang hendak membuat perolehan produk serta langganan perkhidmatan JUPEM hendaklah mengunjungi Kaunter Khidmat Pelanggan dan Jualan Peta JUPEM yang berhampiran. 

Notis Gangguan Capaian Sistem eKadaster di JUPEM Perlis 22-12-2021

Dimaklumkan bahawa sistem eKadaster di JUPEM Perlis termasuklah aplikasi JUPEM2U Perlis akan mengalami gangguan capaian bermula pada 23 Disember 2021 (Khamis) jam 4.30 petang dan dijangka akan kembali beroperasi pada pukul 10.00 pagi Rabu (29 Disember 2021) untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penggantian cleant agent system di bilik TNB, Bangunan Persekutuan Kangar JUPEM Perlis. 

Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.

MAKLUMAN PERKHIDMATAN KAUNTER JUPEM PAHANG DI JALANKAN SECARA TEMUJANJI MULAI 2 DISEMBER 2021 02-12-2021

Dimaklumkan bahawa urusan perkhidmatan di Kaunter Geoportal JUPEM Pahang akan dibuat melalui urusan temu janji sahaja bermula dari 2 Disember 2021 sehingga ke satu tarikh yang akan di beritahu kemudian. Ini adalah kerana untuk memudahkan pengurusan dan perkhidmatan di kaunter akibat dari jangkitan covid-19 yang sedang berlaku di Jabatan ini.

Segala kesulitan dalam perkara ini amatlah dikesali.