ARKIB

Arkib Pengumuman

Tajuk Tarikh Terbitan Lampiran
PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI PEJABAT DAN KAUNTER JUALAN JUPEM PAHANG 04-10-2021

Dimaklumkan operasi pejabat dan perkhidmatan kaunter jualan JUPEM Pahang akan DITUTUP buat sementara waktu mulai 1 Oktober 2021 (Jumaat) sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak bagi tujuan kerja sanitasi dan disinfeksi untuk membendung penyebaran wabak COVID-19.

Sebagai alternatif, pelanggan adalah digalakkan untuk melakukan urus niaga secara dalam talian melalui aplikasi eBiz JUPEM <https://ebiz.jupem.gov.my>

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai berikut:
    1. Cik Suraya Hani binti Jaafar 019-589 6181
    2. Haji Nordin bin Embong 012-983 2984

Sebarang kesulitan berhubung perkara di atas amatlah dikesali.

Gangguan Capaian Sistem eBiz dan Laman Web Rasmi JUPEM 30-09-2021

Dimaklumkan bahawa capaian kepada Sistem eBiz dan Laman Web Rasmi JUPEM akan mengalami gangguan pada 30 September 2021 (Khamis) bermula jam 6.00 petang hingga 9.00 malam untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan rangkaian di Pusat Data Utama JUPEM. 

Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali.

Notis Gangguan Capaian Sistem eKadaster di JUPEM Kelantan 30-09-2021

Dimaklumkan bahawa sistem eKadaster di JUPEM Kelantan termasuklah aplikasi JUPEM2U Kelantan akan mengalami gangguan capaian bermula pada 2 Oktober 2021 (Sabtu) jam 8.30 pagi dan dijangka akan kembali beroperasi pada pukul 11.00 malam untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pendawaian semula elektrik serta penyelenggaraan kecil di Bangunan JUPEM Kelantan.

Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.

PENUTUPAN SEMENTARA KAUNTER JUALAN JUPEM PAHANG 28-09-2021

Dimaklumkan perkhidmatan kaunter jualan JUPEM Pahang akan DITUTUP buat sementara waktu pada 29 September 2021 (Rabu) bagi tujuan kerja sanitasi dan disinfeksi untuk membendung penyebaran wabak COVID-19. Perkhidmatan akan dibuka semula pada 30 September 2021 (Khamis).

Sebagai alternatif, pelanggan adalah digalakkan untuk melakukan urus niaga secara dalam talian melalui aplikasi eBiz JUPEM <https://ebiz.jupem.gov.my>

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai berikut:
    1. Cik Suraya Hani binti Jaafar 019-589 6181
    2. Haji Nordin bin Embong 012-983 2984 

​Sebarang kesulitan berhubung perkara di atas amatlah dikesali. 

Gangguan Capaian Laman Web Rasmi JUPEM 17-09-2021

Dimaklumkan bahawa capaian kepada Laman Web Rasmi JUPEM akan mengalami gangguan pada 17 September 2021 (Jumaat) bermula jam 11.00 malam hingga 18 September 2021 (sabtu) jam 12.00 tengah hari untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan server di Pusat Data Utama JUPEM. Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali.

Notis Penutupan Tapak Kalibrasi EDM/GNSS di Kompleks Tun Razak (KOMTUR), Bandar Indera Mahkota, Kuantan 15-09-2021

Dimaklumkan bahawa Tapak Kalibrasi EDM/GNSS di Kompleks Tun Razak (KOMTUR), Bandar Indera Mahkota, Kuantan akan DITUTUP mulai 16 September hingga 14 November 2021 untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan.

Sehubungan itu, pengguna-pengguna disarankan untuk menggunakan Tapak Kalibrasi EDM/GNSS di Taman Seri Semantan, Temerloh sebagai alternatif.

Pihak JUPEM memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.

Gangguan Capaian Laman Web Rasmi JUPEM 10-09-2021

Dimaklumkan bahawa capaian kepada Laman Web Rasmi JUPEM akan mengalami gangguan pada 11 September 2021 (Sabtu) bermula jam 12.00 tengah malam hingga 12.00 tengah hari untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan server di Pusat Data Utama JUPEM. 

Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali.

Gangguan Capaian Aplikasi JUPEM2U Pahang 02-09-2021

Dimaklumkan bahawa aplikasi JUPEM2U Pahang sedang mengalami gangguan capaian berikutan masalah server. Kerja pembaikan dan pemulihan sedang giat dijalankan sehingga diberitahu kelak. Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali.

PEMBERITAHUAN PELAKSANAAN URUSAN TEMU DUGA JAWATAN PENOLONG JURUUKUR GRED JA29 02-09-2021

Pemberitahuan Pelaksanaan Urusan Temu Duga Jawatan Penolong Juruukur Gred JA29 di Ibu Pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) mulai 6 hingga 17 September 2021. Sila layari https://online.spa.gov.my/online/jad_td/rs/jadual_temuduga.php?pemerolehan=SM20200166 untuk Semakan Jadual Temu Tuga Secara Online In Situ (TSOI).

Gangguan Capaian Aplikasi JUPEM2U W.P. Kuala Lumpur/Putrajaya, eBiz dan Laman Web Rasmi JUPEM 27-08-2021

Dimaklumkan bahawa capaian kepada Aplikasi JUPEM2U W.P. Kuala Lumpur/Putrajaya, eBiz dan Laman Web Rasmi JUPEM akan mengalami gangguan pada 27 Ogos 2021 (Jumaat), jam 4.00 petang dan dijangka akan kembali beroperasi pada 28 Ogos 2021 (Sabtu) untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bangunan Wisma JUPEM. Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali.