Data Air Pasang Surut
Data Air Pasang Surut
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) menerbitkan maklumat mengenai air pasang surut untuk 12 lokasi di Semenanjung Malaysia, 6 lokasi di Sabah dan 3 lokasi di Sarawak. Data ini boleh diperolehi dalam bentuk cetakan atau digital dalam format PDF.
Buku Rekod Cerapan Air Pasang Surut diterbitkan secara tahunan yang mengandungi maklumat mengenai lokasi stesen-stesen, aras air pasang surut, aras laut min dan pemalar harmonik. Selain itu, terdapat juga maklumat terperinci mengenai setiap stesen tolok air pasang surut, data aras dan marigram perubahan aras laut.
Buku Jadual Ramalan Air Pasang Surut tahunan dihasilkan daripada data cerapan melalui hitungan analisis harmonik. Aras Datum yang digunakan untuk ramalan air pasang surut berdasarkan Air Surut Perbani Indian (ISLW). Jadual ramalan air pasang surut tersebut mengandungi maklumat berikut :
- Pemalar Harmonik
- Jadual ketinggian setiap jam
- Jadual masa air tertinggi dan terendah
- Marigram ketinggian air pasang surut
Tahunan
Seluruh Malaysia
- Data Air Pasang Surut : RM 5.00 sebulan bagi setiap stesen
- Rekod Cerapan Air Pasang Surut : RM 50.00 bagi satu jilid
- Jadual Ramalan Air Pasang Surut : RM 50.00 bagi satu jilid
Boleh diperolehi dari Pusat-Pusat Maklumat dan Jualan Data Geospatial JUPEM di seluruh negara atau secara atas talian melalui E-Biz JUPEM Geoportal.