PRODUK & PERKHIDMATAN

Data Graviti

Data Graviti.

Pada tahun 1989, JUPEM telah mewujudkan Jaringan Graviti Piawai Semenanjung Malaysia (Peninsular Malaysia Gravity Standardization Network - PMGSN 89) melalui ukuran graviti relatif bertujuan untuk mendapatkan pembetulan ortometrik bagi pengukuran aras jitu. Ia juga digunakan bagi mewujudkan Datum Pugak Geodesi Kebangsaan (National Geodesy Vertical Datum - NGVD) serta kajian terhadap pisahan geoid di Malaysia. Pengukuran graviti juga telah dilakukan di Sabah dan Sarawak. Sehingga kini, terdapat hampir 7,000 titik graviti yang telah dicerap di seluruh negara. Kesemua titik-titik ini mempunyai nilai graviti yang relatif kepada jaringan International Gravity Standardization Network 1971 - IGSN71.

 

  

Ukuran graviti terrestrial/relatif yang dijalankan di lapangan dibahagikan kepada tiga (3) tertib pengukuran:

  1. Tertib Pertama - bertujuan untuk mewujudkan jaringan Peninsular Malaysia Gravity Standardisation Network (PMGSN) sebagai kawalan kepada semua kerja-kerja graviti dari Tertib Pertama kepada tertib yang lebih rendah. Nilai-nilai graviti relatif yang diperolehi dari ukuran tertib pertama adalah berketepatan 30 µgals (mikrogal). Lokasi titik-titik graviti tertib pertama berada pada sela 15-30 km sama ada di tepi jalan raya atau di kawasan yang selamat seperti balai polis, sekolah dan balai raya. Pada kebiasaannya, titik graviti tertib pertama merupakan tanda aras atau tanda-tanda kekal yang saling nampak.
     
  2. Tertib Kedua - ia mempunyai ketepatan pengukuran sehingga 50 µgals (mikrogal) dengan sela antara stesen antara 1-5 km. 
     
  3. Tertib Ketiga - ia mempunyai ketepatan pengukuran sehingga 100 µgals (mikrogal) dengan sela antara stesen ± 1 km.  
     

Setiap Tahun

Laluan utama jalan raya Malaysia (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak)

RM 12.00 setiap stesen.

Boleh diperolehi dari Pusat-Pusat Maklumat dan Jualan Data Geospatial JUPEM di seluruh negara atau secara atas talian melalui E-Biz JUPEM Geoportal