Fungsi
- Menasihati kerajaan dalam bidang ukur kadaster, pemetaan dan geospatial serta persempadanan negeri dan antarabangsa.
- Menyediakan maklumat ukur kadaster secara lengkap dan kekal untuk tujuan pengeluaran hakmilik tanah, strata dan stratum.
- Menguruskan pangkalan data ukur kadaster dan pemetaan dengan efisien.
- Menerbitkan peta-peta topografi, kadaster, tematik dan utiliti bawah tanah untuk tujuan perancangan, pengurusan sumber asli, pemuliharaan alam sekitar, pembangunan, pemantauan dan keselamatan.
- Menyediakan insfrastruktur geodetik bagi ukuran kadaster, pemetaan, kejuruteraan dan kajian saintifik.
- Menyediakan khidmat geospatial pertahanan secara menyeluruh dan bersepadu untuk tujuan pertahanan dan keselamatan.
- Menerbitkan produk falak dan astronomi termasuk jadual-jadual arah kiblat, waktu solat, data rukyah hilal, takwim hijriah dan maklumat gerhana serta almanak falak syarie.