MYGEONAMES

Garis Panduan Penentuan Nama Geografi

Garis panduan ini merangkumi perkara yang berkaitan dengan pilihan, bentuk dan penggunaan nama geografi di Malaysia. Penggunaan secara tekal nama yang tepat bagi tempat merupakan unsur penting dalam komunikasi yang berkesan di seluruh dunia. Penggunaan ini juga membantu pembangunan sosioekonomi, pemuliharaan dan pembentukan prasarana negara. Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Penstandardan Nama Geografi (United Nations Conference on the Standardisation of Geographical Names) yang bermesyuarat di Montreal pada tahun 1987 telah memperkatakan perlunya setiap negara anggota merangka garis panduan toponimi. Maka dokumen ini merupakan usaha negara ini untuk memenuhi keperluan tersebut. Dokumen ini telah disediakan oleh Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi di bawah naungan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia sebagai inisiatif pembangunan infrastruktur data geospatial negara.

  1. Ringkasan
  2. Penerangan
  3. Buku Garis Panduan Penentuan Nama Geografi (PDF)
  4. Buku Garis Panduan Penentuan Nama Geografi Edisi Ke-2 (PDF)
  5. Dokumen Tambahan Garis Panduan Penentuan Nama Geografi (PDF)
  6. Standardization of Undersea Feature Names