Hitungan Ketinggian Geoid
Hitungan Ketinggian Geoid
Model Geoid Malaysia iaitu MyGEOID mengandungi dua model asas iaitu WMGEOID04 dan EMGG05A. Model geoid ini boleh digunakan sebagai rujukan ketinggian bagi kerja-kerja ukuran di lapangan di mana ketinggian ellipsoidal yang diperolehi dari cerapan GNSS boleh ditukarkan kepada ketinggian yang merujuk kepada aras purata laut (MSL). Model-model geoid ini mempunyai ketepatan ±5-6 cm (model WMGEOID04) dan ±9-10 cm (model EMGG05A). Bagi kerja-kerja ukuran kejuruteraan, penggunaan MyGeoid adalah sesuai sebagi rujukan ketinggian dengan memberikan ketepatan yang baik.
- Terdapat dua (2) model geoid utama yang dihasilkan:
- WMGEOID04 (model geoid bagi Semenanjung Malaysia)
- EMGG05A (model geoid bagi Sabah dan Sarawak)
- Model - model geoid ini telah disepadankan dengan datum pugak kebangsaan sedia ada
- Model-model geoid ini dihasilkan dalam format Binary
- Mempunyai ketepatan ± 5-6 cm bagi model WMGEOID04 manakala ± 9-10 cm bagi model EMGG05A
- Bagi perkhidmatan hitungan / transformasi ketinggian menggunakan MyGeoid secara atas talian, interpolasi akan dilakukan dari model geoid utama untuk mendapatkan ketinggian yang merujuk aras purata laut (MSL)
2004/2005
- Seluruh kawasan daratan Malaysia
- 10 km dari garisan pesisir pantai Malaysia
RM 3.00 setiap titik.
Bagi transformasi ketinggian menggunakan MyGeoid, maklumat berikut diperlukan dari pemohon:
- Koordinat titik (latitud dan longitud)
- Ketinggian ellipsoidal
*Kedua-dua maklumat tersebut diperolehi dari cerapan GNSS di lapangan
Bagi transformasi hitungan ketinggian menggunakan MyGeoid ini, pengguna boleh menggunakan aplikasi secara interaktif secara atas talian di dalam E-Biz JUPEM Geoportal. Sekiranya menghadapi masalah untuk menggunakan aplikasi tersebut, pemohon boleh menghubungi Seksyen Graviti dan Falak, Bahagian Ukur Geodetik, JUPEM bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut.