Kod Etika dan Definisi Logo
Kod Etika
- Amanah dan jujur dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
- Sentiasa sabar, tenang dan cekal dalam semua situasi.
- Benar, tulus dan ikhlas dalam menjalankan sebarang urusan.
- Berdisiplin dan berhemah tinggi.
- Yakin, tepat, adil dan konsisten dalam membuat sebarang keputusan.
- Sentiasa mengamalkan ciri-ciri kreatif, inovatif, bermotivasi, berdaya saing dan akuantabiliti.
- Menjalinkan semangat kerjasama, muhibbah dan kasih sayang pada semua peringkat.
- Berbangga menjadi warga JUPEM dan sentiasa berusaha meninggikan martabat dan imej jabatan.
- Memberi perkhidmatan yang efisien dan berkualiti.
- Berusaha memastikan produk-produk jabatan adalah berkualiti dan memenuhi kehendak pelanggan.
- Sentiasa berwaspada dalam pengendalian maklumat tanpa membocori rahsia Negara kepada pihak yang tidak berhak menerimanya.
Definisi Logo
- Reka bentuk logo JUPEM terdiri daripada 3 bentuk asas iaitu titik-titik, bulatan gedang dan garisan orbit. Titik-titik ini terpisah dua oleh garisan orbit mencerminkan dua aktiviti utama JUPEM iaitu aktiviti pengukuran kadaster dan aktiviti pengukuran pemetaan.
- Warna oren melambangkan keceriaan, kegemilangan, kepekaan JUPEM kepada kehendak pelanggan dan menyatakan kewujudan dan kepentingan JUPEM kepada masyarakat dan negara.
- Warna hijau adalah warna rasmi jabatan dan dipilih bagi menunjukkan bahawa JUPEM senantiasa prihatin dan memberi perhatian serius kepada aspek alam semula jadi dalam pemeliharaan persekitaran yang sihat.
- Penampilan titik-titik memberi petunjuk bahawa JUPEM menggunakan teknologi elektronik dan sistem jaring untuk memperkasakan maklumat ukur dan pemetaan.
- Garisan orbit pula menitikberatkan betapa pentingnya komunikasi, penyebaran maklumat dan rangkaian.
Logo JUPEM pada keseluruhannya adalah lebih energetik, dinamik, progresif serta mampu bersaing dalam menghadapi cabaran-cabaran yang bersifat sejagat khususnya dalam penyediaan infrastruktur ukur dan pemetaan bagi mendukung Dasar Pembangunan Negara.