PRODUK & PERKHIDMATAN

Lembar Piawai

Lembar Piawai

  

Lembar Piawai dikenali juga sebagai Peta Kadaster. Lembar ini merupakan hasil gabungan Lot Kadaster Berdigit dari Pengkalan Data Ukur Kadaster Berdigit Kebangsaan (NDCDB. Maklumat yang ditunjukkan adalah seperti maklumat Unique Parcel Identifier (UPI); Negeri, Daerah dan Mukim/Seksyen, nombor Pelan Akui dan nombor lot juga dipaparkan mengikut kesesuaian persembahan. Lembar Piawai adalah dalam unjuran Cassini Soldner dan boleh diperolehi dalam bentuk berdigit dan juga bercetak. Format yang boleh diperolehi adalah dalam format data grafik raster iaitu *.shp, *.tab, *.dxf, *.dgn dan *.EMF.

Semua JUPEM Negeri.

Berdasarkan kepada Perintah Fi dan Bayaran (Perkhidmatan, Data Ukur dan Pemetaan serta Reproduksi) 2010..

Boleh diperolehi dari Pusat Khidmat Pelanggan Ibu Pejabat JUPEM atau JUPEM Negeri atau secara atas talian melalui E-Biz JUPEM Geoportal