Objektif
- Memastikan produk dan perkhidmatan ukur kadaster, pemetaan dan geodetik menepati sistem kualiti serta memenuhi keperluan pelanggan.
- Memastikan pewujudan dan penyelenggaraan Pangkalan Data Ukur Kadaster dan Pemetaan yang kemaskini dan berkualiti bagi memenuhi keperluan infrastruktur data geospatial negara.
- Menjadikan JUPEM pusat kecemerlangan dan rujukan dalam bidang ukur kadaster, pemetaan, geodetik, pemetaan utiliti bawah tanah dan maklumat geospatial.
- Memastikan penentuan, penandaan dan pengukuran sempadan negeri dan antarabangsa memenuhi keperluan pentadbiran negeri serta menjamin kedaulatan negara.
- Memastikan perkhidmatan geospatial pertahanan yang berkualiti dan bersepadu dalam mendokong infrastruktur pertahanan dan keselamatan Negara.