Pangkalan Data Ukur Kadaster Berdigit Kebangsaan (NDCDB)
--}}

Nama Produk:

Pangkalan Data Ukur Kadaster Berdigit Kebangsaan (NDCDB)

Keterangan:

Pangkalan Data Ukur Kadaster Berdigit Kebangsaan (NDCDB) merupakan pangkalan data ukur berdigit baharu yang menggantikan Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK) bagi lot-lot tanah yang telah diukur halus. Maklumat yang ditunjukkan adalah seperti Unique Parcel Identifier (UPI), nombor lot, keluasan, garisan sempadan lot dan keterangan tanda sempadan. Format yang boleh diperolehi adalah dalam format data grafik vektor sebagai contoh *.shp, *.tab, *.dxf, *.dgn dan lain-lain.

Tahun Dikemaskini:

Terkini

Harga Belian:

Berdasarkan kepada Perintah Fi dan Bayaran (Perkhidmatan, Data Ukur dan Pemetaan serta Reproduksi) 2010.

Cara Mendapatkan Produk:

Boleh diperolehi dari Pusat Khidmat Pelanggan Ibu Pejabat JUPEM atau JUPEM Negeri atau secara atas talian melalui E-Biz JUPEM Geoportal