PRODUK & PERKHIDMATAN

Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK)

Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK)

  

Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK) merupakan pangkalan data ukur berdigit bagi lot-lot tanah yang telah diukur halus. Maklumat yang ditunjukkan adalah seperti Unique Parcel Identifier (UPI), nombor lot, keluasan, garisan sempadan lot dan keterangan tanda sempadan. Format yang boleh diperolehi adalah dalam format data grafik vector sebagai contoh *.shp, *.tab, *.dxf, *.dgn dan lain-lain. Pada masa ini, PDUK tidak lagi dikemaskini kerana JUPEM telah menggunakan sistem pangkalan data kadaster baharu yang dikenali sebagai Pangkalan Data Ukur Kadaster Berdigit Kebangsaan (NDCDB) sejak tahun 2009.

Semua JUPEM Negeri.

Boleh diperolehi dari Pusat Khidmat Pelanggan Ibu Pejabat JUPEM atau JUPEM Negeri