PRODUK & PERKHIDMATAN

Pelan Akui (PA)

Pelan Akui.

  

Pelan Akui (PA) disediakan setelah ukuran halus dijalankan dan diluluskan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan bagi tujuan pengeluaran Hakmilik Tanah Tetap mengikut format yang telah ditentukan oleh JUPEM. Maklumat yang ditunjukkan adalah seperti maklumat Unique Parcel Identifier (UPI); Negeri, Daerah dan Mukim/Seksyen, nombor PA, nombor lot, keluasan, garisan sempadan lot dan keterangan tanda sempadan. PA dikeluarkan dalam pelbagai skala. Format PA yang boleh diperolehi adalah dalam format fail imej sebagai contoh *.JPEG*, .TIFF, *.BMP dan lain-lain..

Semua JUPEM Negeri.

Berdasarkan kepada Perintah Fi dan Bayaran (Perkhidmatan, Data Ukur dan Pemetaan serta Reproduksi) 2010.

Boleh diperolehi dari Pusat Khidmat Pelanggan Ibu Pejabat JUPEM atau JUPEM Negeri atau secara atas talian melalui e-Biz JUPEM Geoportal.