PRODUK & PERKHIDMATAN

Pelan Akui Strata

Pelan Akui Strata

  

Pelan Akui Strata disediakan mengikut format yang telah ditetapkan oleh Jabatan. Ciri-ciri yang terdapat dalam Pelan Akui Strata adalah terdiri daripada pelan lokasi, pelan tapak bina, pelan keratan tegak, pelan tingkat, pelan tandaan (bagi petak tanah) dan jadual strata. Maklumat-maklumat seperti nombor PA strata, nombor fail ukur, nombor fail Pejabat Tanah, nombor lembar piawai, nombor buku kerjaluar dan butir-butir lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan juga turut dipaparkan.  Penyediaan Pelan Akui (PA) hendaklah berdasarkan kepada dimensi ukuran fizikal bangunan yang telah dibina di tapak dan selaras pelan bangunan yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa perancangan tempatan (Dewan Bandaraya/Majlis Perbandaran/Majlis Daerah). Format Pelan Akui berdigit daripada Pangkalan Data Imej Dokumen (SPID) boleh diperolehi dalam format grafik data raster *.TIFF. Peruntukan undang-undang adalah berdasarkan Akta Hakmilik Strata 1985.

Semua JUPEM Negeri.

Berdasarkan kepada Perintah Fi dan Bayaran (Perkhidmatan, Data Ukur dan Pemetaan serta Reproduksi) 2010.

Boleh diperolehi dari Pusat Khidmat Pelanggan Ibu Pejabat JUPEM atau JUPEM Negeri