INFO KORPORAT

Pengenalan SME

Inisiatif Kemajuan Kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert - SME) yang diperkenalkan oleh Kerajaan adalah sejajar dengan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe11) mengenai pengukuhan pengurusan bakat untuk perkhidmatan awam masa hadapan. Di samping itu, Dokumen Kajian Separuh Penggal RMKe11 menggariskan kemajuan kerjaya pegawai perkhidmatan awam akan dilaksanakan dengan lebih telus berdasarkan merit dan prestasi dalam perkhidmatan.

Melalui pewujudan laluan SME Kerajaan dapat mengiktiraf pegawai yang memiliki keupayaan intelektual, kepakaran yang tinggi serta berpengalaman luas dalam bidang kepakaran serta menjadi sumber rujukan dalam dan luar organisasinya ke arah memastikan pengekalan bakat terbaik dan berkepakaran tinggi dalam perkhidmatan awam.

Proses pengiktirafan pegawai SME dalam perkhidmatan awam bermula daripada fasa perancangan iaitu penentuan bidang kepakaran, penetapan kriteria penilaian, unjuran keperluan dan seterusnya perakuan ke Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) untuk kelulusan bidang dan kriteria penilaian. Permohonan ke laluan SME boleh dikemukakan setelah bidang kepakaran diluluskan dan dipersetujui oleh LKPPA. Pegawai yang diiktiraf sebagai pegawai SME oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) akan diberi pemangkuan dan seterusnya kenaikan pangkat pada 1 gred yang lebih tinggi secara Khas Untuk Penyandang (KUP) tertakluk melepasi tapisan kepakaran yang ketat. Pegawai SME perlu melaksanakan Penugasan Khas Pakar Bidang Khusus (SME Special Assignment - SSA) di samping tugasan hakiki berdasarkan jawatan bagi tujuan pengekalan dan peningkatan di laluan SME.

Dengan wujudnya pegawai SME yang berterusan menyumbangkan kepakaran dalam perkhidmatan awam, negara akan memperoleh manfaat jangka panjang melalui sumbangan kepakaran dalam perkhidmatan awam di samping memastikan berlakunya pemindahan kepakaran secara sistematik dan efektif dalam kalangan penjawat awam di bawah pelan penggantian dan pembangunan bakat perkhidmatan awam. Secara tidak langsung kebergantungan kepakaran daripada pihak luar dapat dikurangkan dan penjimatan kos dapat dihasilkan selaras dengan falsafah SME.

 

Kerajaan telah menguatkuasakan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2016 Kemajuan Kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert - SME) pada 20 Disember 2016 bertujuan untuk memaklumkan garis panduan pelaksanaan laluan SME dalam perkhidmatan awam persekutuan. 

Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) Bilangan 6 Tahun 2018 yang bersidang pada 5 Oktober 2018 melalui surat JPA.BK(S)226/6/4/18(10) bertarikh 29 Oktober 2018 telah bersetuju meluluskan bidang dan sub bidang bagi Kemajuan Kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert - SME) bagi skim perkhidmatan Juruukur.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2016 : Kemajuan Kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert - SME) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan
 

Bagi calon-calon yang berminat boleh membuat semakan menggunakan borang penilaian kriteria bagi kemasukan laluan SME melalui pautan seperti berikut https://www.jupem.gov.my/halaman/subject-matter-expert-sme untuk mengetahui status kelayakan masing-masing. Calon-calon perlu memperoleh markah penilaian SME 83% dan ke atas bagi membolehkan permohonan mereka dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Kerja SME JUPEM.

*Borang permohonan boleh dimuat turun melalui pautan seperti berikut: https://www.jupem.gov.my/halaman/subject-matter-expert-sme

Sebarang pertanyaan berhubung urusan ini boleh diajukan kepada pegawai-pegawai seperti berikut:

Pelaksanaan SME (Umum)

Encik Mohd Dhaniel bin Mohd Sufian
dhaniel.sufian@jupem.gov.my
03-2617 0806
Ketua Penolong Pengarah 
Seksyen Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan

Encik Hazwan Fitri bin Harun
hazwan@jupem.gov.my
03-2617 0783
Penolong Pegawai Tadbir 
Seksyen Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan

Puan Halina binti Abu Chit
halina@jupem.gov.my
03-2617 0802
Ketua Pembantu Tadbir 
Seksyen Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan

 

Pelaksanaan SME (Bidang dan sub-bidang bagi Skim Perkhidmatan Juruukur)

Sr Ahmad Nazlie bin Muhamad
ahmad.nazlie@jupem.gov.my 
03-2617 0846
Pengarah Ukur 
Seksyen Perancangan dan Dasar, Bahagian Perancangan dan Korporat

Sr Hishammudin bin Kaiyim 
hishammudin@jupem.gov.my
03-2617 0849
Penolong Pengarah Ukur
Seksyen Perancangan dan Dasar, Bahagian Perancangan dan Korporat