SUMBER

Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur) 1965

Jadual Tangga Upah

 

(CATITAN-Upah yang ditetapkan di perenggan 1, 5, 6, 7, 11 ,12 dan 13 meliputi upah tindakan kerja-luar dan pejabat tetapi tidak termasuk harga pembekalan pelan Surat Hakmilik, atau tanda sempadan, yang dikenakan menurut perenggan-perenggan 15 dan 16).

 

1. PEMBERIAN MILIK TANAH NEGERI-
(A) TANAH DESA BAGI TUJUAN-TUJUAN PERTANIAN;
I      3 ekar dan kurang      RM 50.00
II Bagi setiap ekar tambahan atau sebahagian darinya sehingga 6 ekar RM 10.00
III 6 ekar RM 80.00
IV Bagi setiap ekar tambahan atau sebahagian darinya sehingga 10 ekar RM 10.00
V 10 ekar RM 120.00
VI Bagi setiap ekar tambahan atau sebahagian darinya sehingga 25 ekar RM 15.00
VII 25 ekar RM 345.00
VIII Bagi setiap ekar tambahan atau sebahagian darinya sehingga 50 ekar RM 15.00
IX 50 ekar RM 720.00
X Bagi setiap ekar tambahan atau sebahagian darinya sehingga 100 ekar RM 20.00
XI 100 ekar RM 1720.00
XII Bagi setiap ekar tambahan atau sebahagian darinya MYR 25.00
BERKENAAN DENGAN TANAH DESA YANG DIBERI MILIK UNTUK SAWAH, BAYARAN SEBANYAK RM5.00 SEEKAR ATAU SEBAHAGIAN DARINYA, TERTAKLUK KEPADA BAYARAN MINIMA RM10.00 SATU LOT, AKAN DIKENAKAN. BAYARAN YANG DIKENAKAN TERMASUK SEMUA BAYARAN BAGI TANDA-TANDA SEMPADAN.
(B) TANAH DESA SELAIN DARI TUJUAN-TUJUAN PERTANIAN :
I Sekiranya tidak digunakan bagi tempat kediaman, akan ditetapkan seperti bagi tanah Bandar atau pekan di bawah perenggan (c): dan
II Sekiranya digunakan bagi tempat kediaman,upah ukur adalah seperti berikut :
  Bagi setiap lot ½ ekar atau kurang RM 200.00
  Bagi setiap lot ½ ekar tetapi tidak melebihi 1 ekar RM 250.00
BAGI SETIAP LOT MELEBIHI 1 EKAR, UPAH UKUR AKAN MENJADI SEPERTI YANG DITETAPKAN BAGI TANAH BANDAR ATAU PEKAN DI BAWAH PERENGGAN (C)
(C) TANAH BANDAR DAN PEKAN:
I Lot-lot kurang daripada 0.5 ekar RM 250.00
II Lot-lot 0.5 hingga 1 ekar RM 300.00
III Lot-lot melebihi 1 ekar RM 600.00 bagi satu ekar pertama dan seterusnya RM 100.00 bagi tambahan
setiap 0.5 ekar atau sebahagian darinya melebihi satu ekar yang pertama.
IV Ukuran “connection” RM20.00 bagi setiap rantai atau sebahagian darinya.
V Bagi Ukuran Sempadan Dinding Duatuan, upahnya adalah seperti di perenggan 5 (a) (iv).
VI Dalam kes pemberian milik pertama yang memerlukan ukuran sempadan dinding duatuan, bayaran-bayaran dikenakan menurut perenggan 5 (a) (iv) adalah upah tambahan kepada yang ditetapkan di bawah perenggan 1 (c) (i), 1 (c) (ii) atai 1 (c) (iii) di atas.
VII Pengarah Tanah dan Galian boleh mengecualikan ½ daripada upah ukur tersebut di atas bagi ukuran Lot Pekan Baru.

 

UKURAN BAGI PAJAKAN MELOMBONG

2. SEMUA UKURAN BAGI TUJUAN-TUJUAN MELOMBONG AKAN DIJALANKAN MENURUT DARJAH YANG SESUAI BAGI PENGELUARAN PAJAKAN MELOMBONG. SEBARANG PERMOHONAN BAGI UKURAN UNTUK PENGELUARAN UNTUK PENGELUARAN SIJIL MELOMBONG SAHAJA TIDAK AKAN DILAYAN. KADAR YANG DIKENAKAN KEPADA UKURAN-UKURAN BAGI PAJAKAN MELOMBONG ADALAH SEPERTI BERIKUT:
(I) DI MANA SEMPADAN LOT BARU TIDAK MENGIKUT SEMPADAN SURAT HAKMILIK YANG ADA:
Tanah Curamnya Kurang 15° RM 20.00 Serantai atau Sebahagian darinya
Tanah Curamnya 15° Dan Lebih RM 25.00 Serantai atau Sebahagian darinya
(II) DI MANA SEMPADAN-SEMPADAN MENGIKUT SEMPADAN SURAT HAKMILIK YANG BERSAMBUNGAN YANG MUNGKIN TERLIBAT PENGGANTIAN ATAU TANAM PASTIAN TANDA-TANDA SEMPADAN YANG HILANG ATAU BERALIH:
Tanah Curamnya Kurang 15° RM 25.00 Serantai atau Sebahagian darinya
Tanah Curamnya 15° Dan Lebih RM 30.00 Serantai atau Sebahagian darinya
3. SEKIRANYA SIJIL MELOMBONG DIKEHENDAKI UPAH BAGI MELUKIS DAN MEMBEKALKAN SALINAN-SALINAN PELAN UNTUK PENGELUARAN SIJIL MELOMBONG AKAN DIKENAKAN DENGAN KADAR BERIKUT:
RM 15.00 Bagi Setiap Garisan Sempadan Tertakluk Kepada Minima RM 200.00
4. KADAR-KADAR YANG DIJADUALKAN DI PERENGGAN 1 DAN 2 DI ATAS ADALAH TERMASUK LUKISAN PELAN AKUI (P.A) YANG PERLU DISIMPAN DI JABATAN UKUR

 

PECAHAN TANAH

Tanah yang telah diusahakan

5(A) BAHAGIAN INI MELIPUTI PECAHAN TANAH DI BANDAR DAN PEKAN DI MANA TANAH TERSEBUT TELAH DIUSAHAKAN IAITU ADANYA BANGUNAN. UPAH MINIMA BAGI TIAP-TIAP KERJA IALAH RM600, DIKIRA DARI KADAR-KADAR BERIKUT :- (HAK KEDIAMAN/HAK PERDAGANGAN DAN PERUSAHAAN )
    Hak Kediaman Hak Perdagangan dan Perusahaan
I Setiap lot kurang dari 10,000 k. Per. RM 250.00 RM 300.00
II Setiap lot 10,000 k. Per. atau lebih Tetapi tidak melebihi 20,000 k. per. RM 300.00 Rm 350.00
III Setiap lot melebihi 20,000 k. per. (Tetapi tidak melebihi 40,000 k. per.) RM 350.00 RM 400.00
Setiap lot melebihi 20,000 k. per. (Bagi tambahan setiap 10,000 k. Per. atau sebahagian darinya melebihi 40,000 k. per. pertama ) RM 100.00 RM 120.00
Setiap lot melebihi 20,000 k. per. (setiap sempadan dinding duatuan yang diukur sepanjang kedua-dua belah) RM 150.00 RM 200.00
5(B) BAGI TUJUAN PERENGGAN INI, BILANGAN LOT YANG DIKENAKAN BAYARANNYA HENDAKLAH SAMA DENGAN BILANGAN LOT YANG MANA NOMBOR-NOMBOR LOT TELAH DIPERUNTUKKAN MELAINKAN NOMBOR-NOMBOR LOT YANG TELAH DIPERUNTUKAN BAGI JALAN-JALANRAYA TIDAK AKAN DIKIRA.

 

Tanah belum diusahakan (bagi Perumahan atau Perusahaan di Kawasan Bandar atau Luarbandar)

6(A) PERENGGAN INI MELIPUTI PECAHAN TANAH YANG BELUM DIUSAHAKAN, IAITU TANAH YANG TELAH DIBERSIHKAN DARI TUMBUHAN, BINAAN DAN SEKATAN. UPAH AKAN DIKENAKAN SEPERTI BERIKUT TERTAKLUK KEPADA MINIMA RM 600.00 BAGI SETIAP KERJA:
    Kadar satu lot
I Lot pecahan kurang daripada 10,000 k. per RM 150.00
II Lot pecahan 10,000 k. per. hingga 20,000 k.per RM 180.00
III Lot pecahan 20,000 k. per. hingga 40,000 k. per. RM 210.00
Bagi tambahan setiap 10,000 k. per. atau sebahagian darinya melebihi 40,000 k. per. pertama RM 70.00
6(B) DI MANA LOT-LOT PERUMAHAN PERLU DIPANCANG (PANCANG KAYU) SEBELUM PEMBINAAN, UPAH AKAN DIKENAKAN PADA KADAR RM50.00 SATU LOT, TERTAKLUK KEPADA BAYARAN MANIMA RM 500.00

 

Kawasan Luar Bandar(Tujuan Pertanian)

7. PERENGGAN INI MELIPUTI PECAHAN TANAH KEPADA 2 LOT ATAU LEBIH DI KAWASAN LUARBANDAR. UPAH BAGI PECAHAN INI AKAN DIKIRA MENGIKUT JUMLAH PANJANG SEMPADANNYA YANG ADA ATAU SEMPADAN BARU YANG PERLU DIUKUR UNTUK MENJALANKAN PECAHAN TANAH ITU, DAN “CONNECTION” YANG DIPERLU DIUKUR BAGI MENGESAHKAN TANDA SEMPADAN LAMA, AZIMUTH, DATUM DAN PENANAMAN PASTIAN.
I Tanah curamnya kurang 15° RM 20.00
II Tanah curamnya 15° dan lebih RM 25.00
BAYARAN SEBANYAK RM50 AKAN DIKENAKAN SEBAGAI TAMBAHAN BAGI SETIAP TANDA SEMPADAN YANG DITANAM PASTIAN. JUMLAH BAYARAN MINIMA YANG AKAN DIKENAKAN IALAH RM600 BAGI SETIAP KERJA.

 

PENGGANTIAN DAN PENANAMAN TANDA SEMPADAN

8. PERENGGAN INI MELIPUTI KES DI MANA PENGGANTIAN SEMULA TANDA-TANDA YANG HILANG ATAU PENANAMAN PASTIAN TANDA-TANDA YANG BERALIH DARI TEMPAT ASALNYA BAGI LOT DI BAWAH HAKMILIK UKURANNYA DIJALANKAN SEBAGAI UKURAN BERSENDIRIAN DAN TIDAK BERHUBUNG DENGAN UKURAN BAGI PEMBERIAN HAKMILIK.
UPAH YANG DIKENAKAN IALAH: RM 600.00 BAGI UKURAN DENGAN TAMBAHAN RM 100.00 BAGI SETIAP TANDA YANG DIGANTI ATAU DITANAM PASTIAN.

 

PENENTUAN SEMPADAN

9. PENENTUAN SEMPADAN BERERTI SATU UKURAN SELARAS DENGAN DARJAH UKURAN DI MANA HAKMILIK DIDASARKAN, UNTUK MENGESAHKAN TANDA SEMPADAN BERADA DITEMPAT ASALNYA. UKURAN PENENTUAN DENGAN SENDIRINYA TIDAK TERMASUK PENANAMAN PASTIAN TANDA SEMPADAN. UPAH YANG DIKENAKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT, TERTAKLUK KEPADA BAYARAN MINIMA RM6 00.00.
Penentuan Sahaja RM 20.00 serantai atau sebahagian daripadanya bagi tanah curamnya kurang 15°.
RM 25.00 serantai atau sebahagian daripadanya bagi tanah curamnya 15° dan lebih.
RM 25.00 serantai atau sebahagian darinya bagi Lot Bandar atau Pekan.

 

TERABAS TIODOLAIT KELAS PERTAMA DAN KELAS KEDUA

10.PERENGGAN INI MELIPUTI KES DI MANA TERABAS KELAS PERTAMA ATAU KELAS KEDUA ADALAH DIPERLUKAN BAGI KAWALAN LENGKONGAN, KAWALAN KADASTRA AM, ATAU LAIN-LAIN TUJUAN DAN TERMASUK MENANAM TANDA RUJUKAN.
UPAH YANG DIKENAKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
(A) Terabas Kelas Kedua-
Tanah Curamnya Kurang 15° RM 15.00 RM 15.00 serantai atau sebahagian darinya
Tanah Curamnya Kurang 15° Dan Lebih RM 20.00 RM 15.00 serantai atau sebahagian darinya
(B) Terabas Kelas Pertama sama seperti diatas dengan tambahan 20%

 

UKURAN BAWAH TANAH

11. UKURAN BAWAH TANAH MEMERLUKAN KERJA DI BAWAH PERMUKAAN TANAH YANG MEMPUNYAI BAHAYA, KESUSAHAN DAN ATURANNYA SENDIRI. KADAR YANG DIJADUALKAN DI SINI ADALAH KADAR BAGI KERJA UKUR SAHAJA (TERMASUK PELAN) TETAPI TIDAK TERMASUK HARGA MEMBUAT LORONG-LORONG BAWAH TANAH SESUAI BAGI KERJA TIODOLAIT, MEMBINA PENTAS ATAU SANDARAN, LAMPU BAGI LORONG-LORONG, ATAU LAIN-LAIN BAYARAN BERSANGKUTAN DENGANNYA
RM 600.00 Sehari Atau Sebahagian Daripadanya Dengan Tambahan Bayaran RM 50.00 Sehari Atau Sebahagian Daripadanya Bagi Setiap 10 Kaki Atau Sebahagian Daripadanya, Tinggi Naik Dan Turun.

 

PERMOHONAN BAGI SIJIL CADANGAN PELAN STRATA

12. PERENGGAN INI MELIPUTI PENGUKURAN BAGI PERMOHONAN PECAH BAHAGI BANGUNAN, BANGUNAN DAN TANAH UNTUK PENGELUARAN SIJIL CADANGAN PELAN STRATA. FI YANG DIKENAKAN ADALAH SEPERTI YANGI BERIKUT:
A Skim strata kos rendah Fi = 5P + 2.5A + RM300
B Skim strata bukan kos rendah Fi = 10P + 5A + RM600
Iaitu –
P ialah jumlah petak
A ialah jumlah petak aksesori
  (i) Contoh pengiraan bayaran fi bagi skim strata kos rendah:
  Jumlah Petak = 500
  Jumlah Petak Aksesori = 750
  Fi = 5P + 2.5A + MYR300
= 5*500 + 2.5*750 + MYR300
= 2,500 + 1,875 + MYR300
RM4,675
  (ii) Contoh pengiraan bayaran fi bagi skim strata bukan kos rendah:
  Jumlah Petak = 500
  Jumlah Petak Aksesori = 750
  Fi = 10P + 5A + MYR600
= 10*500 + 5*750 + MYR600
= 5,000 + 3,750 + MYR600
RM9,350

 

PELAN CANTUMAN

13. PERENGGAN INI MELIPUTI CANTUMAN LOT-LOT APABILA PELAN AKUI DILUKIS DENGAN MENGGUNAKAN DATA DARI PELAN-PELAN AKUI ATAU SURAT-SURAT HAKMILIK YANG ADA DENGAN TIDAK ADA MENJALANKAN KERJALUAR. UPAH YANG AKAN DIKENAKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
RM30.00 BAGI SATU GARISAN SEMPADAN TERTAKLUK KEPADA BAYARAN MINIMA RM300.00

 

PELBAGAI UKURAN

14. BAGI KERJA SELAIN YANG DISEBUTKAN DI ATAS UPAH UKUR ADALAH KOS YANG SEBENARNYA YANG DISAHKAN OLEH KETUA JURUKUR.

 

PENYEDIAAN PELAN SURAT HAKMILIK

15. UPAH PENYEDIAAN PELAN SURAT HAKMILIK (YANG TIDAK TERMASUK DALAM BAYARAN DI BAWAH PERENGGAN 1, 5, 6, 7, 11, 12 DAN 13 ) ADALAH SEPERTI BERIKUT :
I Geran dan Pajakan Negeri RM 10.00 satu lot
II Geran Mukim dan Pajakan Mukim RM 5.00 satu lot
III Hakmilik Strata RM 10.00 satu unit

 

TANDA-TANDA SEMPADAN

16. SETIAP TANDA YANG DITANAM ATAU DIGANTI SEBAGAI TANDA SEMPADAN, ATAU SETIAP TANDA YANG DITANAM SEBAGAI TANDA RUJUKAN UNTUK MENETAPKAN SUDUT SEMPADAN YANG TIDAK DAPAT DITANDAKAN SECARA LANGSUNG KERANA SEKATAN-SEKATAN ATAU LAIN-LAIN SEBAB, AKAN DIKENAKAN BAYARAN SEPERTI BERIKUT:
I Bagi setiap paip besi RM 10.00
II Bagi setiap batu, pepaku atau tanda konkerit RM 5.00