PRODUK & PERKHIDMATAN

Peta Terhad

Liputan Semenanjung Malaysia

PETA TOPOGRAFI SEMENANJUNG (SIRI L7030)

  

Peta Topografi Terhad berskala 1:50 000 merupakan peta yang meliputi kawasan seluruh Semenanjung Malaysia. Peta ini diterbitkan bagi kegunaan awam berdasarkan spesifikasi yang telah ditetapkan merangkumi ciri-ciri seperti  rupa muka bumi semulajadi, ciri-ciri buatan, hidrografi, hypsografi, demarcation dan relief beserta anotasi. Butiran-butiran buatan yang ditunjukkan adalah termasuk lebuhraya dan jalan raya, jalan kereta api, bangunan dan sempadan. Lebuhraya dan Jalan Raya dikelaskan kepada berkembar atau tunggal, tidak berturap, laluan pejalan kaki dan jalan sedang dibina. Sempadan ditunjukkan mengikut keutamaan dimulakan dengan sempadan antarabangsa, negeri, bahagian, daerah, mukim dan rizab. Relief digambarkan dengan garis kontur berskala 20 meter dan ukur ketinggian dalam meter. Tumbuhan dan tanaman, bandar dan kawasan tepubina ditunjukkan dengan simbol tertentu. Ciri hidrografi juga ditunjukkan. Peta ini telah disusun di atas Unjuran Bentuk Benar Serong Ditepati Malaya

 

PETA TOPOGRAFI SIRI L905 SKALA 1:3,000 - 12,500 BAGI BANDAR DI SEMENANJUNG

  

Peta versi terhad yang berskala 1:3 000, 1:5 000, 1:7 500, 1:10 000 dan 1:12 500 merupakan peta yang meliputi kawasan seluruh kawasan bandar-bandar di Semenanjung Malaysia. Peta ini diterbitkan bagi kegunaan awam berdasarkan spesifikasi yang telah ditetapkan merangkumi ciri-ciri seperti  rupa muka bumi semulajadi, ciri-ciri buatan, hidrografi, hypsografi, demarcation dan relief beserta anotasi. Ciri–ciri yang ditunjukkan adalah sempadan antarabangsa, negeri, daerah, mukim, rizab dan sempadan tumbuh-tumbuhan. Relief digambarkan dengan garis kontur bersela 5 meter, ukur tinggi dalam ukuran meter. Jalan dikelaskan kepada jalan terus, jalan kembar, jalan tunggal, berturap dan tidak berturap, lorong boleh berkereta motor dan lorong kaki. Jalan dianotasi. Jalan keretapi; bangunan ditunjukkan dengan simbol dan nama-nama tertentu, susunan warna digunakan untuk membezakan jenis bangunan. Tumbuh-tumbuhan ditunjukkan dengan simbol dan ciri hidrografi juga ditunjukkan. Peta ini telah disusun di atas Unjuran Bentuk Benar Serong Ditepati Malaya

 

PETA TOPOGRAFI SEMENANJUNG MALAYSIA (SIRI MY701T (10K)) & (SIRI MY701T (5K))

  

Peta Topografi Terhad berskala 1:10 000 & 1:5 000 merupakan peta yang meliputi kawasan seluruh Semenanjung Malaysia. Peta ini diterbitkan bagi kegunaan awam berdasarkan spesifikasi yang telah ditetapkan merangkumi ciri-ciri seperti rupa muka bumi semulajadi, ciri-ciri buatan, hidrografi, hypsografi, demarcation dan relief beserta anotasi. Peta ini disusun di atas Unjuran Bentuk Benar Serong Ditepati (Semenanjung Malaysia) Sferoid GRS 80, Datum 2000

 

Liputan Putrajaya

Peta Utiliti Terhad berskala 1:500 bagi Kawasan Putrajaya – No Siri MY901U

  

Ciri-ciri yang ditunjukkan adalah sempadan negeri, daerah, mukim dan rizab. Relief digambarkan dengan garis kontur berjarak 25 meter. Jalan dikelaskan kepada lebuhraya kembar, jalan raya tunggal, berturap, jalan tidak berturap, lorong boleh berkereta motor, lorong kaki. Jalan dianotasi dan bangunan ditunjukkan dengan simbol dan nama-nama tertentu, susunan warna yang membezakan jenis bangunan. Tumbuh-tumbuhan ditunjukkan dengan simbol dan ciri hidrografi juga ditunjukkan. Menggunakan unjuran Bentuk Benar serong Ditepati. Peta siri ini dihasilkan dengan kaedah digital.

 

Liputan Lembah Klang

PETA BANDAR LEMBAH KLANG DAN SEKITAR - SIRI L808

  

Peta Topografi Terhad berskala 1:10 000 merupakan peta yang meliputi kawasan seluruh kawasan Perbandaran Kuala Lumpur dan Kawasan Persekitarannya. Peta ini  diterbitkan bagi kegunaan awam berdasarkan spesifikasi yang telah ditetapkan merangkumi ciri - ciri seperti rupa muka bumi semulajadi, ciri - ciri buatan, hidrografi,hypsografi, demarcation dan relief beserta anotasi. Ciri-ciri yang ditunjukkan adalah sempadan negeri, daerah, mukim dan rizab. Relief digambarkan dengan garis kontur berjarak 5 meter. Jalan dikelaskan kepada lebuhraya kembar, jalan raya tunggal, berturap, jalan tidak berturap, lorong boleh berkereta motor, lorong kaki. Jalan dianotasi dan bangunan ditunjukkan dengan simbol dan nama-nama tertentu, susunan warna yang membezakan jenis bangunan. Tumbuh-tumbuhan ditunjukkan dengan simbol dan ciri hidrografi juga ditunjukkan. Peta ini telah disusun di atas Unjuran Bentuk Benar Serong Ditepati Malaya

 

Liputan Sabah dan Sarawak

PETA TOPOGRAFI SABAH, SARAWAK & WP LABUAN (SIRI T738)

  

Peta Topografi Terhad berskala 1:50 000 merupakan peta yang meliputi kawasan seluruh Sabah dan Sarawak. Peta ini diterbitkan bagi kegunaan awam berdasarkan spesifikasi yang telah ditetapkan merangkumi ciri-ciri seperti  rupa muka bumi semulajadi, ciri-ciri buatan, hidrografi, hypsografi, demarcation dan relief beserta anotasi. Ciri-ciri yang ditunjukkan adalah sempadan antarabangsa, negeri, bahagian, daerah, daerah kecil, dan rizab. Relief digambarkan dengan garis kontur bersela 20 meter; ukur tinggi dalam ukuran meter. Jalan dikelaskan kepada lebuhraya kembar dan tunggal, lorong boleh berkereta motor, lorong jalan kaki dan jalan sedang dibina dan ditunjukkan jalan keretapi. Tumbuh-tumbuhan ditunjukkan dengan simbol, bandar dan kawasan tepubina ditunjukkan dengan simbol tertentu dan hidrografi juga ditunjukkan. Peta ini telah disusun di atas Unjuran Bentuk Benar Serong Ditepati Borneo

 

PETA BANDAR SABAH, SARAWAK & WP LABUAN (SIRI T931)

  

Peta Topografi Terhad berskala 1:3 000, 1:5 000, 1:7 500, 1:10 000 dan 1:12 500 merupakan peta yang meliputi kawasan seluruh kawasan bandar-bandar di Sabah dan Sarawak. Peta ini diterbitkan bagi kegunaan awam berdasarkan spesifikasi yang telah ditetapkan merangkumi ciri-ciri seperti  rupa muka bumi semulajadi, ciri-ciri buatan, hidrografi, hypsografi, demarcation dan relief beserta anotasi. Ciri-ciri yang ditunjukkan adalah sempadan antarabangsa, negeri, bahagian, daerah, daerah kecil, dan rizab. Relief digambarkan dengan garis kontur berjarak 5 meter. Ukur tinggi dalam ukuran meter. Jalan dikelaskan kepada jalan terus, jalan kembar, jalan tunggal, berturap dan tidak berturap, lorong boleh berkereta motor dan lorong kaki. Jalan dianotasi, jalan keretapi, bangunan ditunjukkan dengan simbol dan nama-nama tertentu, susunan warna yang membezakan jenis bangunan. Tumbuh-tumbuhan ditunjukkan dengan simbol dan ciri hidrografi juga ditunjukkan. Peta ini telah disusun di atas Unjuran Bentuk Benar Serong Ditepati Borneo

 

PETA TOPOGRAFI SABAH, SARAWAK & WP LABUAN (SIRI MY711T (10K)) & (SIRI MY711T (5K))

  

Peta Topografi Terhad berskala 1:10 000 & 1:5 000 merupakan peta yang meliputi kawasan seluruh Sabah & Sarawak. Peta ini diterbitkan bagi kegunaan awam berdasarkan spesifikasi yang telah ditetapkan merangkumi ciri-ciri seperti rupa muka bumi semulajadi, ciri-ciri buatan, hidrografi, hypsografi, demarcation dan relief beserta anotasi. Peta ini disusun di atas Unjuran Bentuk Benar Serong Ditepati (Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan) Sferoid GRS 80, Datum 2000