INFO KORPORAT

Piagam Pelanggan

  • Menyiapkan kerja ukur kadaster sehingga penyediaan Pelan Akui dalam tempoh tidak melebihi 180 hari dari tarikh penerimaan Permohonan Ukur yang lengkap dan teratur.
  • Memastikan penyemakan ke atas kerja kerja Jurukur Tanah Berlesen (JTB) disiapkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh penyerahan dokumen yang lengkap dan teratur.
  • Memproses Pelan Strata dalam tempoh 30 hari dan Pelan Akui Strata dalam tempoh 50 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap dan teratur.
  • Memastikan pengeluaran nombor-nombor lot dilakukan dalam tempoh tidak melebihi 7 hari dari tarikh permohonan yang lengkap dan teratur daripada Jurukur Tanah Berlesen.
  • Menyedia serta membekalkan data-data ukur untuk penyediaan suratan hakmilik ke Pejabat Tanah/Pejabat Pengarah Tanah dan Galian dalam tempoh 7 hari dari penerimaan permohonan yang sempurna dan teratur.
  • Memastikan dokumen geospatial terperingkat dibekalkan dalam masa 2 hari selepas menerima kelulusan tapisan keselamatan.
  • Memastikan data pasca proses MyRTKNet dapat diurus dan dibekalkan dalam masa 4 jam.
  • Memastikan sebarang permohonan pembelian maklumat geodetik tidak terhad dapat diurus dan dibekalkan dalam masa 1 hari.
  • Memastikan sebarang permohonan perkhidmatan transformasi koordinat, penukaran koordinat, unjuran peta dan interpolasi geoid dapat diurus dan dibekalkan dalam masa 1 hari.
  • Memastikan sebarang permohonan perkhidmatan / pembelian bagi setiap salinan data ukur/peta tidak terhad di kaunter JUPEM dapat diuruskan dalam masa 1 jam.
  • Memastikan data-data ukur dapat diakses dan diperolehi melalui eBiz pada capaian 99.5% setahun.
  • Membuat pembayaran bil dan invois tidak melebihi 14 hari dari tarikh penerimaan lengkap diterima.
  • Mengeluarkan akuan penerimaan dan maklumbalas awal bagi aduan dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh aduan diterima

 

MUAT TURUN PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN BAGI BULAN JULAI 2019