Nama Produk:
Data MYRTK
Ringkasan:
MyRTKnet merupakan sistem prasarana yang dibentuk oleh jaringan stesen-stesen rujukan Global Navigation Satellite System (GNSS) dan Pusat Kawalan yang diselenggara oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bagi membekalkan data-data GNSS yang diperlukan, terutamanya untuk menghasilkan maklumat kedudukan di lapangan dalam masa hakiki. Perkhidmatan MyRTKnet mula dibangunkan pada tahun 2003 yang terdiri daripada 27 stesen rujukan GNSS diseluruh negara. Dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna, JUPEM telah menambah 51 lagi stesen rujukan GNSS dalam tahun 2006 hingga 2008.
Keterangan:
Dengan pertambahan ini menjadikan jaringan MyRTKnet terdiri daripada 96 stesen Aktif GNSS yang berjarak 30 hingga 150 km di mana 65 stesen di Semenanjung Malaysia manakala 31 stesen di Sabah dan Sarawak. Stesen-stesen ini dibina khusus untuk mencerap data GNSS secara berterusan yang kemudiannya disalurkan kepada Pusat Kawalan MyRTKnet di Bahagian Ukur Geodetik, JUPEM melalui talian telekomunikasi jalur lebar. Pusat Kawalan MyRTKnet pula bertanggungjawab bagi menerbit dan menyebar data pembetulan GNSS kepada pengguna bergerak dalam masa hakiki.
Amnya, perkhidmatan yang diberikan oleh MyRTKnet adalah dalam bentuk pembekalan data seperti dalam jadual di bawah. Data-data yang dibekalkan kepada pengguna terdiri daripada data masa hakiki dan juga data post-processed di mana penggunaannya bergantung kepada objektif pengukuran itu sendiri. Data untuk tujuan post-processed terdiri daripada data RINEX dan Virtual Rinex yang mana boleh dimuat turun melalui laman web JUPEM. Dalam pada itu, pengguna perlulah mematuhi spesifikasi pengukuran yang telah ditetapkan Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan No. 9/2005 semasa mengendalikan kerja bagi mendapatkan hasil pengukuran yang baik.
Perkhidmatan MyRTKnet:
# | JENIS DATA | CIRI-CIRI DATA |
---|---|---|
1 | Pembetulan Cerapan Masa Hakiki (VRS, iMAX, MAC, NB, SB, FKP dan DGSP | Masa Hakiki |
2 | Data Virtual RINEX | Post-Processed |
3 | Data RINEX | Post-Processed |
Tahun Cerapan:
Setiap Tahun
Liputan:
Malaysia
Harga Belian:
# | JENIS DATA | HARGA BELIAN |
---|---|---|
1 | Pembetulan Cerapan Masa Hakiki (VRS, iMAX, MAC, NB, SB, FKP dan DGSP) | RM1,000.00 setiap pengguna bagi setahun |
2 | Data pasca-proses VRS GPS RINEX | RM 1.00 setiap minit bagi setiap stesen |
3 | Data pasca-proses Stesen Rujukan GPS | RM 2.00 setiap jam bagi setiap stesen |
Cara Mendapatkan Produk:
Boleh diperolehi dari Pusat-Pusat Maklumat dan Jualan Data Geospatial JUPEM di seluruh negara atau secara atas talian mela E-Biz JUPEM Geoportal