JUPEM NEGERI

Sejarah dan Latar Belakang

Tahun Sejarah Penubuhan
1915 Pengukuran kadaster di Perlis bermula pada 1915 di bawah pentadbiran Superintendent Ukur Kedah dengan persetujuan di antara kedua-dua Kerajaan negeri Kedah dan Perlis.
MARCH 1951 Juruukur Daerah Kedah Utara ditugas menjalankan kerja pengukuran ini. Pelan Akui (Certified Plan) pertama bagi Negeri Perlis CP 164 telah diluluskan pada 10 Mac 1951.
JUNE 1956 Pada Jun 1956, Pejabat Ukur Daerah Perlis diwujudkan dengan rasminya dengan Encik Abdul Wahab bin Daud sebagai Juruukur Daerah Perlis. Menjalankan pengukuran Kadaster di seluruh Negeri Perlis, Daerah Kubang Pasu dan Daerah Langkawi Kedah.
NOVEMBER 1995 Jabatan Ukur dan Pemetaan Perlis ditubuhkan secara berasingan dengan JUPEM Kedah pada 1 November 1995.
DECEMBER 1995 Pelan Akui pertama JUPEM Perlis iaitu PA 70000 diluluskan pada 19 Disember 1995.
MAY 2009 Pelaksanaan e-kadaster telah di mulakan 1 Mei 2009 dan Pelan Akui yang pertama PA 100001 dikeluarkan pada 08 September 2010. Pada masa ini, Ibu Pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan Perlis berada di Tingkat 6, Bangunan Persekutuan Kangar, Persiaran Jubli Emas dan Cawangan Kerjaluar di No. 7, Taman Pengkalan Indah, Jalan Pengkalan Asam, Kangar.
JUNE 2013 JUPEM Perlis telah mengadakan satu majlis perasmian Pejabat Juruukur Daerah (JUD) bertempat di Kangar. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (KPUP) yang telah di hadiri pegawai-pegawai kanan JUPEM serta kakitangan JUPEM Perlis.