JUPEM NEGERI

Sejarah Dan Latar Belakang

Tahun SEJARAH PENUBUHAN

1906

Jabatan Ukur Negeri Sembilan bermula seawal tahun 1906 berpandukan kepada peta kadaster nombor 1 dan Buku Kerja Luar nombor 249. Ianya masih disimpan di dalam bilik kebal jabatan ini. Pada masa itu, jabatan ini adalah di bawah kawalan Jabatan Ukur Johor dan Jabatan Ukur Trigonometri Perak yang ditubuhkan pada tahun 1885.

1950

Pada tarikh 1 Januari 1950 Jabatan Ukur Negeri Sembilan dan Jabatan Ukur Melaka dicantumkan selepas Jabatan Ukur Negeri Sembilan dipisahkan daripada Jabatan Ukur Selangor.

1952

Jabatan Ukur Negeri Sembilan telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun ini. Pengarah Ukur Negeri Sembilan yang pertama ialah Tan Sri Haji Mohd. Yatim Bin Yahya. Pada masa itu, ia hanya adalah sebuah pejabat ukur kecil sahaja iaitu di tingkat satu Pejabat Tanah Daerah Seremban sehingga tahun 1983.

1964

Pada 10 Oktober 1964, Pejabat Ukur Daerah Kuala Pilah telah diwujudkan bersebelahan dengan Pejabat Tanah Kuala Pilah sehingga sekarang.

1983

Pada bulan Oktober 1983, Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Sembilan telah berpindah ke tingkat 7 dan 8, Wisma Persekutuan sehinggalah ke hari ini.