Sejarah Dan Latar Belakang
Tahun | SEJARAH PENUBUHAN | |||
---|---|---|---|---|
1892 |
Jabatan Ukur Melaka ditubuhkan pada tahun 1892, berkongsi pejabat dengan Jabatan Kerja Raya yang terletak di Bandar Kaba, Bandar Hilir Melaka. |
|||
1903 |
Pada 30 November 1903, Ordinan 81 digunakan hanya untuk membenarkan jurukur yang berlesen di bawah Ketua Juruukur untuk menjalankan kerja pengukuran bagi Pendaftaran Surat Ikatan. |
|||
1920 |
Pada 8 Disember 1920 , Pelan Akui pertama bernama PA2 diluluskan. |
|||
1.4.1920 |
Jabatan Ukur Melaka dan Jabatan Ukur Singapura digabungkan dan ditadbir di bawah Juruukur Awam (FMS dan SS) |
|||
1950 |
Pada 1 Januari 1950, Jabatan Ukur Melaka digabungkan dengan Jabatan Ukur Negeri Sembilan setelah diasingkan dari Jabatan Ukur Selangor. |
|||
1957 |
Pada 1 Januari 1957, Jabatan Ukur Melaka dan Jabatan Ukur Negeri Sembilan telah diasingkan. |
|||
1967 |
Pada 3 April 1967, Bangunan Jabatan Ukur dipindahkan ke Lot 302, Jalan Taming Sari, KB XXXV, Bandar Melaka dan dirasmikan oleh Tun Haji Abd. Razak Bin Dato’ Hussin, Timbalan Perdana Menteri. |
|||
1995 |
Pada 1 Januari 1995, JUPEM Melaka melangkah ke arah permodenan era komputer dengan menggunakan Sistem Mini CALS. |