JUPEM NEGERI

Sejarah Dan Latar Belakang

Tahun SEJARAH PENUBUHAN

OKTOBER 1983

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Cawangan Sabah) diwujudkan berasaskan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan, 1962.

“12(b)(i) Pengukuran Topografi dan Geodetik harus menjadi subjek Persekutuan tetapi perlu disambung utk dilaksanakan seperti masa sekarang oleh Jabatan Tanah dan Ukur Negeri sebagai ejen Kerajaan Persekutuan. (ii) Pengukuran Kadastral adalah subjek negeri “dan seterusnya melalui Jawatankuasa antara Kerajaan Peringkat Menteri pada 4 Disember 1975 yang menetapkan Kerajaan Persekutuan harus mengambil alih tanggungjawab untuk melaksanakan pengukuran topografi dan geodetik di Sabah dan Sarawak apabila Kerajaan Persekutuan berkemampuan dan bersedia untuk melakukannya.

Selaras dengan keputusan kedua-dua Jawatankuasa tersebut, maka pada 10 Oktober 1983, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Cawangan Sabah) telah ditubuh secara rasminya.

Pada awal penubuhannya, Jabatan ini dikenali sebagai Unit Topografi dan Geodesi Sabah yang terdiri daripada dua (2) bahagian iaitu Ibu Pejabat dan Cawangan Kerjaluar Wilayah I Kota Kinabalu yang bertempat di Wisma Kebajikan, Sembulan, Kota Kinabalu.

Pada tahun 1985, Cawangan Kerjaluar Wilayah II telah dibuka di Tawau dan Cawangan Kerjaluar Wilayah III pula dibuka pada 1993 di Sandakan.

1995

Jabatan ini mula dikenali sebagai Jabatan Ukur Pemetaan Malaysia (Seksyen Topografi Sabah) atau ringkasnya JUPEM Sabah.

JANUARI 2014

Pada 1 Januari 2014 lanjutan daripada Dasar Desentralisasi, Bahagian Pemetaan dan pengstrukturan semula JUPEM melalui Waran Perjawatan Bil E128 tahun 2013, Seksyen Topografi Sabah telah diubah kepada Bahagian Pemetaan Topografi Sabah.