JUPEM NEGERI

Sejarah Dan Latar Belakang

Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak) telah ditubuhkan pada 1hb Januari 1989 dengan tujuan untuk mengambilalih kerja-kerja pemetaan dan geodetik di Negeri Sarawak yang sebelum ini telah dijalankan oleh Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak.  

Pengambilalihan tugas ini adalah selaras dengan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (Inter-Governmental Report) 1962 mengikut peraturan berikut:-

“12(b) (i) -    Topographical and Geodetic Surveys should be Federal subjects but should continue to be carried out as at present by the State Land and Surveys Department as agents for the Federal Government on repayment basis on a stated percentage of the annual cost being reviewed from time to time and to such surveys being made in confirmation with Federal Policy.

           (ii) -    Cadastral Survey is State subject”

Peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam laporan ini telah diterima oleh kerajaan-kerajaan berkenaan dalam Perjanjian London 1963 dan ini telah menjadi asas kepada peraturan-peraturan Perlembagaan bagi menjaga kepentingan-kepentingan tertentu Negeri Sabah dan Sarawak serta membolehkan penubuhan Malaysia dengan gabungan negeri-negeri di Tanah Melayu dengan Negeri Sabah dan Negeri Sarawak.
 
Justeru itu, Perlembagaan telah menetapkan perkara ukur kadaster di bawah tanggungjawab Negeri Sabah dan Sarawak dan perkara topografi dan geodesi di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

Lanjutan daripada itu beberapa Jawatankuasa seperti Jawatankuasa Antara Kerajaan Peringkat Pegawai telah ditubuhkan untuk mengkaji semula laporan tersebut setelah 10 tahun tertubuhnya Malaysia.  Pada tahun 1975, Jawatankuasa Antara Kerajaan Peringkat Menteri telah membuat satu ketetapan seperti berikut :-

“The Federal Government should take over the responsibility for carrying out topographical and geodetic surveys in Sabah and Sarawak when the Federal Government is capable and ready to do so”

Bidang topografi dan geodesi adalah sangat luas.  Ianya merangkumi aktiviti berkaitan dengan pengukuran dan pemetaan untuk pelbagai tujuan seperti pembangunan infrastruktur, keselamatan negara dan lain-lain lain.  Peta-peta topografi yang diterbitkan merupakan sumber maklumat yang asas untuk tujuan-tujuan tersebut.

Pada masa kini Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak) yang diterajui oleh Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak dibahagikan kepada seksyen, cawangan dan pejabat wilayah seperti berikut :-

•    Seksen Pangkalan Data (SPgD)
•    Seksyen Penawanan Data (SPD)
•    Seksyen Geodetik 
•    Cawangan Foto Udara
•    Cawangan Triangulasi Udara
•    Cawangan Pendigitan Stereo
•    Cawangan Pendigitan Mono
•    Cawangan Suntingan Topografi
•    Cawangan Suntingan Kartografi
•    Cawangan Penyelenggaraan Data Geospatial
•    Cawangan Geodesi
•    Cawangan Aset 
•    Cawangan Sempadan
•    Cawangan Pengurusan Maklumat
•    Cawangan Pentadbiran dan Kewangan
•    Pejabat Topografi Wilayah Kuching
•    Pejabat Topografi Wilayah Sibu
•    Pejabat Topografi Wilayah Miri