JUPEM NEGERI

Sejarah Dan Latar Belakang

Tahun SEJARAH PENUBUHAN
1899-1934 Jabatan Ukur dan Pemetaan Perak di Taiping yang bertanggungjawab ke atas ukuran hakmilik bagi kawasan utara dan selatan Negeri Perak. Pejabat Ukur Daerah Kinta pula menjalankan ukuran hakmilik dan menghasilkan Pelan Akui dan Syit-syit kadater mengikut pentadbiran masing-masing.
APRIL 1934 Semua Pelan Akui, Syit Kadaster dan dokumen-dokumen mengenai ukuran hakmilik yang sebelum ini disahkan oleh Juruukur Daerah kinta telah diserah dan disimpan di Jabatn Ukur dan Pemetaan Perak di Taiping. Pengarah Ukur dan Pemetaan Perak pada tahun tersebut adalah Encik W.A. Gummer.
SEPTEMBER 1963 Jabatan Ukur dan Pemetaan Perak yang bertempat di bangunan lama berpindah ke bangunan baru di Jalan kota, Taiping dan telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak Bin Hussain, S.M.N, O.K.I.S, Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar.
SEPTEMBER 1997 Ibu Pejabat jabatan Ukur dan Pemetaan perak yang selama ini beroperasi di Jalan Kota, Taiping berpindah ke bangunan baru di Jalan Dato’ Seri Ahmad Said, Greentown, Ipoh