Sejarah Dan Latar Belakang
Tahun | SEJARAH PENUBUHAN | |||
---|---|---|---|---|
1910 |
Jabatan Ukor Negeri Kelantan ditubuhkan pada 11 Julai 1910 di suatu kawasan yang dikenali sebagai Buluh Kubu dengan dianggotai 6 orang kakitangan. Kemudiannya pejabat berpindah ke Bangunan Carnegie, Jalan Doktor sehingga pada tahun 1931 dan ditempatkan pada bangunan yang kini digunakan sebagai Muzium Negeri. Penubuhan JUPEM oleh pihak British berikutan penyerahan Kelantan oleh pihak Siam kepada kerajaan British melalui Perjanjian Bangkok 1909. |
|||
1926
|
Di Kelantan, pemilikan tanah adalah secara primitif dan menurut adat melayu semasa dibawah pemerintahan Siam sehinggalah tahun 1910. Kaedah lebih sistematik diperkenalkan untuk mendemarkasikan tanah bermilik. Kerja-kerja ukur pada peringkat awalan adalah menggunakan kaedah rantai dan mejaukur untuk menentukan jarak sempadan tanpa bearing bagi memenuhi Enakmen Tanah Kelantan 1926. |
|||
1957 |
Bangunan JUPEM Kelantan kini terletak di atas Lot 240, Sek. 12 Bandar Kota Bharu, Jalan Hospital dengan keluasan premis 1 ekar dan 528.5 depa dibina pada tahun 1957, dirasmikan oleh YB. Encik Bahaman bin Shamsudin, Menteri Hasil Bumi, Persekutuan Tanah Melayu pada 18 September 1958. |
|||
2002 |
Bangunan tambahan JUPEM Kelantan ialah dua tingkat sekarang bagi menampung pertambahan bilangan kakitangan terkini seramai 130 orang telah siap dibina pada tahun 2000 dan dirasmikan oleh Kebawah DYMM Al Sultan Kelantan pada 14 September 2002 bersamaan 7 Rejab 1423H. |