Sejarah Dan Latar Belakang
Tahun | SEJARAH PENUBUHAN | |||
---|---|---|---|---|
1889 |
Jabatan Ukor Pahang ditubuhkan. Berpejabat di Bangunan pejabat-pejabat kerajaan, Kuala Lipis. |
|||
1909 |
Pada 1 Januari, Jabatan Ukur Pahang dicantumkan dengan jabatan Ukur Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Trigonometri Perak membentuk Jabatan Ukor Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S. Survey Department). Ibu Pejabat adalah bertempat di Kuala Lumpur. Ketua Juruukor yang pertama ialah Kolonel H.M. Jackson. |
|||
1946 |
Selepas Perang Dunia II, diletakkan di bawah Ketua Pengarah Ukor, Malayan Union & Singapura. |
|||
1948 |
Persekutuan Tanah Melayu dibentuk dan jawatan ‘Jurukor Negara Malayan Union dan Singapura’ ditukar menjadi ‘Jurukor Negara Malaya’. |
|||
1957 |
Jabatan Ukor Pahang ditadbir oleh Jurukor Negara Persekutuan Tanah Melayu apabila negara merdeka. Pada 24 Julai 1957 En. Ong Sim Leng menjadi warga negara pertama dilantik sebagai Pengarah Ukur Pahang. |
|||
1965 |
Berpindah dari Kuala Lipis ke Kuantan. Bangunan Jabatan Ukur Pahang yang baru telah dibina di Jalan Tengku Muhamad, Kuantan dengan kos perbelanjaan sebanyak RM450,000.00 dan dirasmikan pada 17 September 1965 oleh Menteri Muda Hal Ehwal Tanah Dan Galian Malaysia, YB. En. Abdul Rahman bin Yaakub. |
|||
1988 |
Bangunan baru mula dibina dibelakang bangunan asal. |
|||
1990 |
Bangunan baru telah siap dibina dan peralatan-peralatan komputer dipasang. JUPEM Pahang melangkah ke era teknologi maklumat dengan penubuhan Sistem Ukur Tanah Dengan Bantuan Komputer (CALS). |
|||
1995 |
Pelaksanaan sistem SPDK bagi menggantikan sistem CALS. |
|||
2000 |
Pelaksanaan sistem SPDK ‘Upgrade’ dan SAPD serta konsep ‘field to finish’ dan penggunaan data digital sepenuhnya termasuk pelan akui digital dijana oleh ‘Digital End Products’. |
|||
2007 |
Pelaksanaan sistem eKadaster. |