PRODUK & PERKHIDMATAN

Tanda Aras

Tanda Aras.

Tanda Aras ialah titik atau tanda yang mempunyai nilai ketinggian di atas permukaan bumi yang relatif kepada sesuatu datum rujukan ketinggian. Di Semenanjung Malaysia, nilai-nilai ketinggian aras adalah merujuk kepada Datum Tegak Geodesi Semenanjung Malaysia (DTGSM). Di Sabah, nilai ketinggian tanda aras merujuk kepada Datum Kota Kinabalu manakala di Sarawak, nilai ketinggian aras merujuk kepada tiga (3) datum rujukan iaitu Datum Pulau Lakei, Datum Bintulu dan Datum Original. Nilai-nilai ketinggian ini ditentukan dari pengukuran aras di lapangan.  

  

Terdapat dua jenis tanda aras iaitu:

Tanda Aras Piawai (Standard Benchmark SBM)

Tanda aras piawai adalah sejenis monumen kekal yang di tanam di permukaan bumi. Monumen ini dibina pada sela jarak 10 - 15km atau di persimpangan jalan raya di sepanjang laluan utama di seluruh negara. Tanda aras piawai digunakan sebagai kawalan kepada pengukuran aras yang berkelas lebih rendah selain sebagai tanda rujukan bagi menentukan nilai aras terlaras bagi sesuatu tanda aras baharu. Nilai aras terlaras untuk tanda aras piawai ditentukan dengan menggunakan kaedah ukuran aras jitu. Kebiasaannya, Tanda aras piawai terletak di persimpangan jalan utama atau di kawasan yang selamat dan kukuh seperti balai polis, sekolah dan masjid.
 

Tanda Aras (Benchmark BM)

Tanda aras adalah monumen yang ditanam di atas permukaan bumi, dimana aras larasnya ditentukan dengan merujuk kepada tanda aras piawai. Tanda aras digunakan sebagai titik rujukan untuk mendapatkan nilai aras laras untuk titik-titik baharu. Secara umumnya, binaan tanda aras diletakkan pada sela jarak lebih kurang 500m - 1 km di laluan jalan raya yang telah ditentukan. Nilai aras terlaras untuk tanda aras ditentukan dengan menggunakan kaedah ukuran aras jitu atau ukuran aras kelas kedua. Tanda aras biasanya terletak di laluan jalan raya utama sama ada di tepi jalan, persimpangan jalan, di atas penanda kilometer atau di kawasan yang selamat seperti balai polis, sekolah dan masjid.
 

Setiap Tahun

Sepanjang jalanraya utama di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

RM 5.00 setiap stesen.

Boleh diperolehi dari Pusat-Pusat Maklumat dan Jualan Data Geospatial JUPEM di seluruh negara atau secara atas talian melalui E-Biz JUPEM Geoportal.