MYGEONAMES

Terma-Terma Rujukan JKNG

  1. Mengkaji dan menetapkan kriteria-kriteria yang digunakan bagi menentukan nama geografi yang rasmi untuk kepentingan negara.
  2. Mengkaji dan menetapkan garis panduan pembentukan pangkalan data nama geografi kebangsaan.
  3. Menentukan sama ada objektif, fungsi dan output aktiviti adalah selari dengan kehendak kerajaan dan keperluan negara.
  4. Mengkaji dan menetapkan metodologi bagi aktiviti-aktiviti Nama Geografi on-line, Gazetir Kebangsaan, Dokumen Standard Kebangsaan dan lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan nama-nama geografi.
  5. Bekerjasama dengan Jawatankuasa Pemetaan dan Data Spatial Negara (JPDSN), TC2 SIRIM dan lain-lain jawatankuasa yang berkaitan dalam pembentukan infrastruktur maklumat geografi bagi negara.