Tarikh diterbitkan : 27 Jul 2020

SESI TOWNHALL LJT BERSAMA JUPEM

KUALA LUMPUR, 2 Julai - Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) telah mengadakan satu sesi "townhall" bersama JUPEM berhubung Pindaan Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958 (Akta 458) bertempat di Prima Ballroom, Wisma LJT di mana ucaptama telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia merangkap Pengerusi LJT.

Turut hadir dalam sesi "townhall" pada hari ini ialah YBrs. Sr Ahmad Azman bin Ghazali, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I merangkap Timbalan Pengerusi LJT; YBrs. Sr Sohaime bin Hj. Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II; YBrs. Sr Hj. Ismail bin Harun, Ketua Pegawai Eksekutif LJT dan pegawai kanan JUPEM.

Satu sesi pembentangan berkaitan Pindaan Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958 (Akta 458) telah disampaikan oleh YBrs. Sr Hj. Ismail bin Harun dan Sr Azlim Khan bin Abdul Raof Khan, Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan Utiliti). Semoga segala urusan Pindaan Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958 (Akta 458) dapat berjalan lancar demi kebaikan profesion Juruukur.