MEDIA

Berita Terkini

FIG 2022- TERIMA KASIH KEDUTAAN MALAYSIA KE POLAND, MENYAMBUT KETIBAAN DELEGASI MALAYSIA | 9 SEPTEMBER 2022

International Federation of Surveyors (FIG) ialah organisasi global yang diiktiraf PBB dalam profesion ukur dan disiplin berkaitan. Ia ditubuhkan pada tahun 1878 dan sehingga kini ia mempunyai keahlian dari 120 persatuan dari 88 negara, termasuk Malaysia.

FIG Congress merupakan satu persidangan ulung yg diadakan pada setiap 4 tahun  dan mengumpulkan pakar-pakar dalam bidang profesion ukur serta geomatik dari seluruh pelusuk dunia. 

FIG Congress 2022 kali ini diadakan di Warsaw, Poland dari 10 hingga 15 September 2022, dengan tema "Volunteering for the future - Geospatial excellence for a better living" dan perasmiannya dijangka diadakan pada 11 September 2022 oleh Piotr Uściński, Ministry of Economic Development and Technology.

Wakil persidangan di FIG Congress 2022 dari Malaysia terdiri dari penyertaan komuniti ukur seperti Jurukur dari JUPEM, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTUS) dan wakil dari Persatuan Juruukur.

Delegasi Malaysia di diketuai oleh YBrs. Timbalan Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan I,  Sr Wan Mohammad Darani bin Ab.Rahman dan turut disertai YB Datuk Seri Panglima, Sr Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan wakil dari PEJUTA.

Wakil Malaysia jua akan membentangkan 2 kertas persidangan di FIG Congress 2022 ini yang akan dibentangkan oleh YB DSP Sr Safar bin Untong (JTUS) dan Sr Nur Zurairah binti Abdul Halim (JUPEM).
Delegasi ini telah tiba di Poland pada 9 September 2022 dan ia telah disambut oleh PYT Dato' Chitra Devi Ramiah, Duta Malaysia ke Poland, di lapangan terbang Chopin, Warsaw.

Ini merupakan satu perhormatan tertinggi yang sangat bermakna untuk delegasi kita yang tiba di negara berkenaan yang disambut sendiri oleh PYT Dato' Duta Malaysia ke Poland.

Terima kasih tidak terhingga buat Kementerian Luar Negeri atas sambutan dan urusan ketibaan delegasi ini di Warsaw, Poland.