MEDIA

Berita Terkini

Kempen Derma Darah

KUALA LUMPUR, 9 Mac - Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Bahagian Geomatik dan Ukur Tanah, Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia (RISM) dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN), Kuala Lumpur telah berjaya menganjurkan Kempen Derma Darah bertempat di Dewan Ukur JUPEM pada hari ini.

Kempen ini turut dihadir oleh YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sr Haji Johari bin Wahab, Naib Pengerusi Bahagian Geomatik dan Ukur Tanah RISM serta pegawai-pegawai kanan Ibu Pejabat JUPEM.

Seramai lebih kurang 90 orang penderma telah hadir dalam kempen ini dan hanya 75 orang penderma telah berjaya melepasi saringan untuk menderma darah.

Pihak urus setia JUPEM dan RISM mengucapkan terima kasih kepada para penderma dan kakitangan PDN yang diketuai oleh Dr. Liyana di atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan kempen ini.