MEDIA

Berita Terkini

Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia terima suntikan pertama vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR, 6 MEI - YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang diadakan di Dewan Desa Setia Wira, MINDEF hari ini.
 
Turut menerima suntikan pertama ini adalah Bridg. Jen. Sr Dr. Mohd Zambri bin Mohd Rabab, Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP) dan Kol. Sr Mohamad Nadzir bin Mat Isin, Timbalan Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP) dan pegawai-pegawai lain BGSP yang telah didaftarkan dalam program suntikan vaksin ini.