MEDIA

Berita Terkini

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA KE JUPEM

KUALA LUMPUR, 18 Februari - Jabatan telah menerima kunjungan hormat delegasi dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang diketuai oleh Ketua Perangkawan Malaysia iaitu YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin serta diiringi oleh 8 orang pegawai DOSM pada hari ini di Bilik Mesyuarat Berlian, Tingkat 11, Wisma JUPEM.

Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan seterusnya wakil dari DOSM membentangkan Pelaksanaan Banci Penduduk Perumahan Malaysia 2020 di seluruh negara. Banci kali ini merupakan yang keenam dijalankan oleh DOSM dan data yang dipungut akan digunakan untuk tujuan perancangan, penggubalan dan pelaksanaan dasar dan rancangan kerajaan.